awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga anggota polis antara tujuh didakwa larikan peti besi berisi RM400,000

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/07/2021
07:35 MYT
Tiga anggota polis antara tujuh didakwa larikan peti besi berisi RM400,000
Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan memecah masuk dan melarikan peti besi milik sebuah syarikat kurier berdekatan Kampung Berjaya kira-kira jam 1.30 pagi 23 Jun. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Tiga anggota polis antara tujuh individu yang dituduh di Mahkamah Majistret, Alor Setar hari ini atas dakwaan memecah masuk dan melarikan sebuah peti besi berisi wang tunai RM400,000 pada 23 Jun lalu.
Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.
Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan memecah masuk dan melarikan peti besi milik sebuah syarikat kurier berdekatan Kampung Berjaya kira-kira jam 1.30 pagi 23 Jun lalu.
Mengikut pertuduhan, dua daripada mereka didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana kesalahan bersama-sama mencuri dalam bangunan dimana sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Jenayah | 3 anggota polis antara ditahan kes rompakan
Manakala lima lagi tertuduh termasuk tiga daripadanya adalah anggota polis dituduh di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana bersama-sama menyebabkan hilangnya keterangan suatu kesalahan dimana boleh dihukum penjara selama 7 tahun dan denda.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fatin Dalilah Khalid.
Mahkamah menetapkan 8 Ogos depan bagi tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#pecah peti besi
#anggota polis didakwa
#Alor Setar
#Kedah
#penjara
#rompak peti besi
#anngota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan