KUALA LUMPUR : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat tindakan kerajaan mengurung rakyat tidak lagi relevan selain perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP).
Baginda dalam masa sama turut mengarahkan seluruh pentadbiran kerajaan negeri Johor agar dapat mempercepatkan inisiatif memerangi wabak COVID-19 di negeri itu.
“Sehingga kini, statistik COVID-19 masih menunjukkan jumlah kes harian yang tinggi dan rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan, saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk.
“Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih... setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” titah baginda pada Ahad.
Tunku Ismail dalam masa sama mencadangkan penggunaan kit ujian saringan secara peribadi dapat diperkenalkan secepat mungkin khususnya bagi golongan barisan hadapan.
Selain itu, Tunku Ismail turut menitahkan agar proses vaksinasi di negeri itu dapat dipercepatkan menerusi pelbagai inisiatif termasuk pembelian terus.
Terdahulu, Baginda berangkat menghadiri satu perjumpaan di Istana Pelangi pada Ahad bersama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, serta beberapa kakitangan kerajaan negeri bagi membincangkan isu semasa COVID-19.
Hilmi Malik
Sun Jul 04 2021

Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam masa sama menitahkan agar inisiatif memerangi COVID-19 di Johor dapat dipercepatkan termasuk pembelian terus vaksin.

Dua beranak ditemukan mati dalam rumah
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemukan mati dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang, Selangor, pagi tadi.

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Khairy Jamaluddin dilantik Naib Presiden WHA ke-75
Khairy Jamaluddin secara rasmi dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 pada Ahad.

"Ada apa-apa kaitan ke dengan Rumah Bonda?" - TMJ persoal ke mana pergi ahli politik
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoal ke mana perginya pemimpin politik di negara ini yang tidak bersuara berhubung isu penderaan terhadap Bella.

Noraini junjung kasih kepada TMJ, bincang pembangunan pengajian tinggi
Menurut Noraini, barisan pengurusan kementerian itu terharu dan berbangga kerana Tunku Ismail amat prihatin mengenai perkara melibatkan pengajian tinggi.

TMJ harap isu graduan menganggur, gaji permulaan rendah ditangani segera
Tunku Ismail juga mencadangkan supaya Persatuan Mahasiswa Anak Johor diwujudkan semula di semua universiti tempatan.

Kes Bella: TMJ cadang 3 penambahbaikan elak kes sama berulang
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mencadangkan tiga perkara bagi memastikan kes penderaan membabitkan remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella tidak berulang.

TMJ bertemu Rina Harun esok bincang isu kes Bella
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan bertemu Menteri Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun pada Selasa.

Sultan Johor kurnia DMIJ kepada empat individu
Kurniaan darjah diberikan bersempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda hari ini.

Bola sepak: Mutu permukaan padang turut mempengaruhi permainan
Baginda berharap pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia turut mengambil inisiatif untuk 'menukar' rumput padang mereka.

Onn Hafiz angkat sumpah MB Johor ke-19
Onn Hafiz yang sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor amat aktif dalam pergerakan generasi muda.

Jaminan Faizal Azumu kepada TMJ: Padang Stadium Nasional dijaga rapi
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan kementeriannya akan memastikan bahawa padang di Stadium Nasional Bukit Jalil diselia dan dijaga dengan baik.

'Saya ikhlas, kalau tidak diterima, saya tidak boleh buat apa-apa' - TMJ
Tunku Ismail berkata, jika cadangan menggantikan rumput 'Cow Grass' kepada jenis 'Zeon Zoysia' itu tidak diterima PSM, beliau tidak boleh berbuat apa-apa.