MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 18/07/2021 | 15:45 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Julai 2021.

1. COVID-19: Kes di Damai Apartment ada kaitan PKPD di Mentari Court - Pegawai Daerah

Pegawai Daerah Petaling Datuk Johary Anuar berkata, pihaknya percaya ada individu yang sempat keluar sebelum PKPD di Mentari Court dilaksanakan pada 1 Julai lalu.

2. Individu rentas negeri tidak dibenarkan hadir solat sunat Aidiladha di Perlis

Individu yang terlibat dengan aktiviti rentas negeri, termasuk mereka yang berulang alik bekerja setiap hari, tidak dibenarkan hadir ke solat sunat Aidiladha di Perlis, Selasa ini.

3. Kegagalan tangani isu Palestin: Tiada kesepakatan dalam kalangan negara Islam - Tun Mahathir

Dr Mahathir berpendapat tiadanya kata sepakat dalam kalangan negara-negara Islam serta tindakan yang tidak sepatutnya dalam memberi respons terhadap isu Palestin adalah antara sebab kemelut negara Islam itu gagal ditangani.

4. #JusticeForBella: Dua siasatan dibuat, satu dirujuk kepada Peguam Negara - Polis

Polis mengesahkan dua kertas siasatan telah dibuka berhubung kes seorang remaja kurang upaya (OKU) berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan di sebuah rumah.

5. Buka ruang perbahasan di sidang khas Parlimen, jangan derhaka titah Agong - Majlis Presiden PH

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar membuka ruang perbahasan sewaktu sidang Parlimen Khas pada 26 Julai hingga 2 Ogos ini seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

6. 100 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap 2 dos vaksin Oktober ini - PM

Semua 100 peratus populasi dewasa di negara ini dijangka menerima dos lengkap vaksin COVID-19 pada Oktober depan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

7. COVID-19: 10,710 kes baharu, kes kematian tertinggi dicatatkan

Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia terus merekodkan angka melebihi 10,000 kes apabila 10,710 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.

8. Ada ruang perbahasan pada sidang khas Parlimen - Takiyuddin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan demikian sebagai menjawab dakwaan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang mendakwa sesi sidang khas itu hanya semata-mata taklimat dari kerajaan.

9. Saya cuba sebar kasih sayang, kenapa masih ada prasangka buruk? - Ebit Lew

Pendakwah yang dikenali dengan kerja kemasyarakatan dan kebajikan, Ustaz Ebit Lew, meluahkan rasa kesal apabila masih ada berprasangka buruk biarpun dia cuba membawa dan menyebarkan kasih sayang sesama manusia.

10. Balik kampung sambut Aidiladha: 4,839 kenderaan diarah patah balik, tertinggi pernah dicatatkan - TPM

Sebanyak 4,839 kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran termasuk untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha diarah berpatah balik pada Jumaat lalu.



#berita pilihan #berita tempatan #berita utama #Astro Awani #COVID-19 #vaksin #PKPD #Parlimen