MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Julai 2021.
1. Kebenaran tunai solat sunat di masjid, surau meriahkan Aidiladha
Setiap kali tibanya 10 Zulhijjah, umat Islam di seluruh dunia pasti meraikan Aidiladha atau ada juga yang memanggilnya Hari Raya Korban sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s.
2. Vaksin COVID-19: PICK Fasa 2 mula tunjuk keberkesanan
Tanda-tanda awal keberkesanan hasil daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 ke atas golongan warga emas dan rentan mula melihatkan perkembangan positif.
3. Selangor sasar FDI lebih rendah tahun ini ekoran impak COVID-19 - Menteri Besar
Selangor meletakkan jumlah sasaran pelaburan langsung asing (FDI) lebih rendah iaitu antara RM12 bilion hingga RM13 bilion pada tahun ini berbanding pencapaian RM17 bilion ke RM18 bilion dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini ekoran impak daripada pandemik COVID-19.
4. TPM nasihat pasukan HM4P pulang ke Malaysia susulan keadaan tidak menentu di Gaza
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati pasukan Misi Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang kini berada di Kaherah, Mesir untuk pulang dahulu ke Malaysia berikutan keadaan di Gaza yang masih tidak menentu.
5. Aidiladha: Aliran trafik lengang di beberapa lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang dilaporkan lancar dan terkawal pada pagi sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.
6. Sinovac berkesan setanding Pfizer - Dr Noor Hisham
Data perubatan menunjukkan vaksin Sinovac mempunyai kadar keberkesanan yang sama dengan Pfizer dalam melawan virus COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
7. COVID-19: Kes baharu kembali ke angka 12,000
Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia kembali merekodkan angka lebih 12,000 apabila 12,366 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu sekali gus menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 di Malaysia kini ialah 939,899.
8. Langgar SOP PKP, 38 premis termasuk kilang diarah tutup - TPM
Sebanyak 38 premis kilang, perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup pada Isnin kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencegahan COVID-19 yang ditetapkan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
9. Polis nafi dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV BACC
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki mengatakan dirinya disuntik menggunakan picagari kosong ketika mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), di sini, pada Sabtu lepas.
10. 5,594 kenderaan diarah patah balik di SJR semalam - Bukit Aman
Sebanyak 5,594 kenderaan yang tidak mempunyai dokumen sah untuk merentas negeri dan daerah diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) semalam berbanding 4,666 kenderaan pada kelmarin.

#TPM
#SOP
#Aidiladha
#Bukit Aman
#warga emas
#Malaysia
#PPV
#SJR
#PKP
#PICK
#pelaburan
#COVID-19
#vaksin