KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang dilaporkan lancar dan terkawal pada pagi sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.
Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), setakat 11 pagi tadi, aliran trafik di kedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan juga lancar berikutan aliran trafik yang rendah.
"Trafik masih lengang di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 termasuk lokasi di sekitar Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak dan Kuala Terengganu berikutan aliran trafik yang rendah," demikian menurut jurucakap LLM.
Tinjauan Bernama di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besi hari ini juga mendapati jalan raya lengang dari kedua-dua arah.
Selain itu, beberapa sekatan jalan raya di sekitar ibu negara khususnya di sempadan negeri yang sebelum ini berlaku kesesakan juga lancar dan terkawal.
Sebelum ini media melaporkan berlaku peningkatan aliran trafik di lebuh raya menghala ke timur beberapa hari sebelum Aidiladha yang disambut hari ini.
Pada Ahad lepas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan pergerakan sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini, untuk pergerakan rentas negeri susulan terdapat individu menyalah guna surat itu untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 20 2021
Foto yang dirakamkan pada Isnin menunjukkan keadaan trafik di lebuh raya menuju ke Pantai Timur kelihatan lengang ketika tinjauan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha. - Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis Terengganu rampas syabu RM6 juta dalam Toyota Vellfire
Polis merampas 200 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai hampir RM6 juta yang dijumpai dalam kenderaan Toyota Vellfire di tepi jalan di Kampung Guntong Luar di sini Sabtu lepas.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Deepavali: Aliran trafik terkawal, kenderaan bertambah di lebuh raya utama pagi ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan terkawal walaupun jumlah kenderaan bertambah setakat 9 pagi ini, menjelang sambutan Deepavali esok.
Hari Kebangsaan: Pengunjung diminta patuh peraturan, jaga disiplin
Orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya Sabtu ini diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan menjaga tingkah laku sepanjang majlis berlangsung.
Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan lancarmenjelang perayaan Aidiladha yang disambut esok.
Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis
Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha, esok.
Aidiladha: Pasar Besar Siti Khadijah sesak, ramai beli keperluan saat akhir, trafik lancar
Orang ramai mula memasuki perkarangan pasar seawal 7 pagi untuk membeli bahan mentah.
Aliran trafik terkawal, smartlane dibuka lancarkan perjalanan
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.