MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 31 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 31 Julai 2021.
Proklamasi ini akan terlebih dahulu dibentangkan di Parlimen berdasarkan peruntukan Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Dengan Proklamasi Darurat ini, Pilhan Raya Negeri Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa kecuali jika darurat ditamatkan lebih awal.
Ujian saringan ke atas Dr Mahathir juga didapati negatif dan beliau juga tiada sebarang kontak dengan pegawai berkenaan ketika di Parlimen.
Menerusi satu kenyataan media, Azhar berkata usul tersebut mempunyai hal-hal yang bersangkutan dan mengenai Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan 20 nama yang beliau berpandangan layak menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Operasi vaksinasi tanpa janji temu (walk-in) akan bermula di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di Lembah Klang, Isnin ini (2 Ogos), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.
Angka kes COVID-19 kembali meningkat berbanding semalam apabila 17,786 kes baharu dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,113,272.
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
'Peperangan' dan polemik politik ketika ini hanya akan merugikan negara dan sama sekali tidak membantu rakyat dalam kesusahan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza sebentar tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami