ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Ogos 2021.

1. PM ajak kibar Jalur Gemilang, tanda bersatu perangi COVID-19

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda semua bersatu-padu dalam melawan pandemik COVID-19.

2. Penerima vaksin COVID-19 tidak digalakkan jalani ujian antibodi

Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana perkara itu masih diperhalusi dan setakat ini belum ada sebarang garis panduan klinikal yang menunjukkan antibodi mana yang boleh menghasilkan keputusan yang tepat.

3. Lebih 23.6 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam - Dr Adham

Sebanyak 23,608,290 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

4. Kelonggaran SOP dan tanggungjawab sosial: Adakah rakyat lengkap dua vaksin sudah bersedia?

Pengumuman kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin di negara ini sudah tentu dinantikan rakyat.

5. Isu kontena mayat COVID-19: "Saya mohon maaf kepada yang tersinggung" - MB Kedah

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dan terasa hati berhubung kenyataan beliau membabitkan penggunaan kontena sejuk beku untuk mayat COVID-19 dalam satu sidang media pada Jumaat.

6. COVID-19: 19,257 jangkitan baharu, Selangor rekod 7,084 kes

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini sebanyak 1,243,852.

7. Penangguhan pemilihan MKT UMNO tidak sah, keputusan RoS satu taktik biasa - Penganalisis

Penetapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung penangguhan pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO boleh dilihat sebagai satu cara untuk menekan UMNO.

8. Ahli Parlimen GPS sokong Kerajaan Perikatan Nasional - Alexander

Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

9. Tokyo 2020: Shah Firdaus disah tidak patah rusuk, peluang rebut pingat kembali bersinar

Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh, berkata laporan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mendapati tulang rusuk pelumba itu tidak patah.

10. COVID-19: Angka kemasukan ke hospital jadi indikator peralihan fasa PPN - Tengku Zafrul

Bilangan kes baharu kemasukan ke hospital pesakit COVID-19 yang bergejala serius, akan menjadi indikator peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), menggantikan bilangan kes harian yang bersifat umum.