ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Ogos 2021.

1. Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia

Dalam saingan akhir, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk membawa pulang pingat perak.

2. Vaksin COVID-19: Lebih 24 juta dos diberikan setakat semalam

Jumlah suntikan harian vaksin COVID-19 yang direkodkan pada 7 Ogos adalah 425,698 dos.

3. Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin

Urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu kini boleh dilaksanakan di pejabat pos mulai Isnin ini (9 Ogos) secara janji temu bagi mengelakkan kesesakan.

4. Individu lengkap divaksin di negeri Fasa Dua dan seterusnya dibenar 'dine-in' - Muhyiddin

Aktiviti menjamu selera di premis makanan dibenarkan bagi mereka yang telah menerima vaksin lengkap, dan menetap di negeri-negeri dalam Fasa Dua dan seterusnya, bermula 10 Ogos ini, ujar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad petang.

5. Suami isteri lengkap vaksinasi dibenar rentas daerah, negeri jumpa pasangan - PM

Bermula Selasa ini (10 Ogos) mana-mana pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

6. Mula-mula sokong, Jazlan buat u-turn - Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menganggap Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah membuat pusingan-U dalam soal menyatakan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

7. "Saya harap tiada yang kecewa dengan keputusan ini" - Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, mengakui perjalanannya tidak mudah, apatah lagi terpaksa meninggalkan keluarga di tanah air.

8. COVID-19: Jumlah kematian melonjak 360 orang, tertinggi pernah direkodkan

Sebanyak 18,688 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia dengan jumlah kematian melonjak kepada 360 orang dalam tempoh 24 jam lalu

9. COVID-19: "Keadaan Siti Sarah kini sangat tidak baik" - Shuib

Penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin berada dalam keadaan kritikal dengan kadar oksigen pada kedudukan 40 peratus.

10. Khairy tegaskan setia dengan UMNO, akui ada masalah kepercayaan terhadap Zahid Hamidi

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau setia dengan UMNO walaupun menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.