awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri lengkap vaksinasi dibenar rentas daerah, negeri jumpa pasangan - PM

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2021
09:13 MYT
Suami isteri lengkap vaksinasi dibenar rentas daerah, negeri jumpa pasangan - PM
Bermula Selasa ini (10 Ogos) mana-mana pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bermula Selasa ini (10 Ogos) mana-mana pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
Selain pasangan suami isteri, ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap juga dibenarkan berbuat demikian untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.
Sementara itu, kepada pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap pula dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.
Kemudahan-kemudahan itu terpakai untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara.
Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas berhubung kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap pada Ahad.
Dalam Pengumuman Khas itu, Muhyiddin turut menjelaskan, seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
1) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan
2) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
Topic Berkaitan
#suami isteri
#lengkap vaksinasi
#rentas daerah
#rentas negeri
#Pelan Pemulihan Negara
#Perdana Menteri
#pengumuman khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan