ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Ogos 2021.

1. Kendali ratusan jenazah COVID-19, tak sangka kebumi ibu sendiri

Sukar untuk menggambarkan perasaan seorang sukarelawan yang sudah menguruskan beratus jenazah COVID-19 namun akhirnya terpaksa melalui detik sukar apabila terpaksa mengebumikan jenazah ibu sendiri yang juga meninggal dunia akibat wabak itu.

2. COVID-19: MEF seru kerajaan buka semua sektor ekonomi

Pemilik-pemilik perniagaan menyeru kerajaan agar membuka semua sektor ekonomi dan tidak menggunakan rancangan asal Pelan Pemulihan Negara (PPN) menetapkan fasa-fasa sebagai petunjuk bagi melonggarkan sekatan.

3. Disyaki terima rasuah, Datuk Bandar direman tiga hari

Seorang datuk bandar sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah.

4. Ibu hamil perlu segera divaksin, jangkitan COVID-19 selepas 28 minggu lebih berisiko - Pakar

Ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 pada usia kandungan 28 minggu dan ke atas berdepan risiko mengalami simptom lebih serius seperti pneumonia, berbanding usia kandungan lebih muda, kata Pakar Obstetrik & Ginekologi & Feto-Maternal Prof Dr Jamiyah Hassan.

5. 44,307 kematian direkodkan pada suku tahun kedua 2021 - Jabatan Perangkaan

Berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bagi suku tahun kedua 2021, sejumlah 25,216 kematian adalah lelaki sementara 19,091 kematian adalah perempuan.

6. KKM kesan sijil vaksinasi dijual dalam talian - Dr Noor Azmi

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti satu kes penjualan sijil vaksinasi dalam bentuk kad fizikal secara dalam talian di utara tanah air. 

7. COVID-19: 20,780 kes baharu, 211 kematian dilaporkan

Jumlah jangkitan baharu COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan berbanding semalam apabila 20,780 kes direkodkan hari ini berbanding 19,991 pada Selasa.

8. 'Jaga rakyat bukan dengan cara jatuhkan kerajaan,' - kata Nazri kepada Zahid

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyanggah kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang kewajipan seorang wakil rakyat.

9. PKR tidak bincang calon Perdana Menteri interim - Fahmi Fadzil

PKR mengesahkan tidak mengadakan sebarang perbincangan mengenai pencalonan mana-mana individu daripada parti itu bagi jawatan Perdana Menteri interim.

10. Isu keabsahan Hasni dijangka jadi tumpuan sidang DUN Johor - Osman

Isu keabsahan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dilihat menjadi tumpuan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bermula esok (Khamis) hingga 22 Ogos depan.