awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu hamil perlu segera divaksin, jangkitan COVID-19 selepas 28 minggu lebih berisiko - Pakar

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
11/08/2021
04:51 MYT
Ibu hamil perlu segera divaksin, jangkitan COVID-19 selepas 28 minggu lebih berisiko - Pakar
Vaksin yang diambil oleh ibu hamil berperanan melindungi diri daripada mendapat jangkitan yang lebih serius atau berdepan risiko bayi dilahirkan pramatang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 pada usia kandungan 28 minggu dan ke atas berdepan risiko mengalami simptom lebih serius seperti pneumonia, berbanding usia kandungan lebih muda.
Sehubungan itu, Pakar Obstetrik & Ginekologi & Feto-Maternal Prof Dr Jamiyah Hassan menyarankan golongan ini agar divaksin segera bagi mengelak risiko tidak diingini.
Dr Jamiyah mengakui, ketika ini, kebanyakan ibu-ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 akan mendapat simptom yang rendah, namun risiko semakin tinggi bergantung kepada usia kandungan.
Vaksin, menurut beliau, berperanan melindungi diri daripada mendapat jangkitan yang lebih serius atau berdepan risiko bayi dilahirkan pramatang.
“Ibu-ibu mengandung mempunyai risiko mendapat infeksi dari COVID-19 kerana ketahanan badan mereka dalam menangani jangkitan virus itu ketika mengandung adalah rendah.
"Dari segi garis panduan, mengandung itu sendiri adalah risiko (mudah mendapat penyakit), jadi kita sarankan kepada semua wanita mengandung untuk mengambil vaksin,” katanya.
BACA: COVID-19: "Keadaan Siti Sarah kini sangat tidak baik" - Shuib
BACA: Siti Sarah selamat lahirkan bayi keempat melalui pembedahan
Dari segi kelahiran, jelas Prof Dr Jamiyah, bukan semua ibu yang mendapat jangkitan COVID-19 perlu melakukan kelahiran secara pembedahan.
Sebaliknya, ia bergantung kepada keadaan kesihatan ibu, katanya yang juga Pakar Perunding dan Pensyarah Pelawat Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Ia bergantung kepada simptom yang dialami ibu. Sekiranya perlu dimasukkan ke hospital, bermaksud simptom yang dialami si ibu adalah serius dan memerlukan bantuan pernafasan.
“Walaupun kita tahu bayi adalah sangat penting, tetapi bagi kita, nyawa ibu adalah lebih penting.
"Untuk menyelamatkan ibu dari segi bantuan pernafasan, adalah baik untuk keluarkan bayi dan fokuskan kepada ibu,
“Walaupun dari segi dasarnya, mereka yang dijangkiti COVID-19 mahu bersalin secara normal melalui saluran peranakan, ia tidak menjadi masalah.
"Ini kerana, kita tahu potensi jangkitan kepada bayi secara kelahiran normal adalah kecil,
“Bagaimanapun, sekiranya ibu hamil tadi perlukan bantuan pernafasan, cara yang tepat untuk mengeluarkan bayi adalah melalui pembedahan.
"Ini kerana, kita ingin menyelamatkan ibu, kerana nyawa ibu sangat penting. Tetapi, bukan semua ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 perlu melalui pembedahan,” jelasnya.
BACA: Ratusan ibu hamil positif COVID-19, dikejar ke ICU, Dr Aiman Hazim sebak terkenang arwah Siti Sarah
BACA: Jangan takut untuk divaksin, wahai ibu hamil!
Beliau menerangkan, wanita hamil disaran menerima vaksin ketika usia kandungan di antara minggu ke-14 dan minggu ke-33.
Ini bagi memastikan mereka mendapat perlindungan terbaik semasa trimester ketiga, tambahnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#vaksin
#kehamilan
#hamil
#pramatang
#bantuan pernafasan
#Jamiyah Hassan
#risiko
#Simptom
#pneumonia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan