awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disyaki terima rasuah, Datuk Bandar direman tiga hari

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2021
02:41 MYT
Disyaki terima rasuah, Datuk Bandar direman tiga hari
Suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Johor Bahru jam 9 pagi ini dengan diiringi pegawai SPRM. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Seorang Datuk Bandar sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menerima rasuah.
Permohonan reman dikeluarkan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Suspek berusia 60 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah jam 9 pagi dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.
Semalam, suspek yang merupakan bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan kini bertugas di sebuah PBT lain di Johor Bahru dilaporkan ditahan pada jam 3 petang di Pejabat SPRM Johor.
Dia disyaki menerima rasuah daripada kontraktor ketika berkhidmat di MBIP.
Hasil siasatan SPRM mendapati, suspek menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek yang dilaksanakannya semasa menjadi Datuk Bandar.
Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Topic Berkaitan
#reman
#Datuk Bandar
#SPRM
#Rasuah
#penjara
#Johor Bahru
#pbt
#kelulusan projek
#MBIP
#Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan