Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 16, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Ogos 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Ogos 2021.
1. [LAPOR LANGSUNG] Letak jawatan? PM tiba di Istana Negara
Perdana Menteri selesai mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra dan tiba di Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.
2. KPM akan benarkan pertukaran guru sepanjang tahun - Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, garis panduan ini akan menggantikan Surat Pekeliling Ikhtisas 1975 Panduan bagi Pertukaran Guru-Guru.
3. Anak sulung Allahyarham Harussani meninggal dunia akibat COVID-19
Allahyarham Abdul Hakim meninggal dunia pada jam 3.30 pagi, Isnin.
4. Agong perkenan peletakan jawatan, lantik Muhyiddin sebagai 'caretaker' PM - Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
5. "Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat" - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat sekali gus mengorbankan prinsip yang dipegang selama ini.
6. "Semoga Tuhan merahmati Malaysia" - Khairy sahkan anggota Kabinet serah surat letak jawatan
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan barisan Jemaah Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
7. Muhyiddin mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Isnin.
8. Anwar sambut baik Muhyiddin letak jawatan, ucap terima kasih
Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri disambut baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Pemimpin parti politik menghadap Agong esok
Semua pemimpin parti politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa.
10. Zahid nafi calonkan diri sebagai PM, cadang 'War Cabinet'
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau menamakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri seperti dakwaan sesetengah pihak.
#berita pilihan #Astro Awani #berita dalam negara #berita tempatan #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Istana Negara #caretaker #letak jawatan #Perikatan Nasional #COVID-19 #vaksin