awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar sambut baik Muhyiddin letak jawatan, ucap terima kasih

Hilmi Malik
Hilmi Malik
16/08/2021
09:13 MYT
Anwar sambut baik Muhyiddin letak jawatan, ucap terima kasih
Anwar berkata, keputusan itu akan membuka ruang untuk perubahan terhadap negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri disambut baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Port Dickson itu menerusi hantarannya di Facebook berkata, keputusan itu akan membuka ruang untuk perubahan terhadap negara ini.
"Keputusan Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Yassin untuk meletakkan jawatan hari ini disambut baik serta akan membuka ruang ke arah perubahan buat negara.
"Saya menggesa semua pihak untuk bertenang dan berdoa supaya Malaysia kembali bangkit kuat dalam menghadapi tantangan (tentangan) kesihatan dan ekonomi saat ini.
"Saya ucap terima kasih atas khidmat beliau pada negara," katanya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, melantik beliau 'caretaker' PM
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Muhyiddin selaku Perdana Menteri serta jemaah menteri berkuat kuasa hari ini.
Muhyiddin meletak jawatan selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.
Beliau yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan PH.
Ikhtiar saya tidak berhasil, ada pihak rakus rebut kuasa. - Muhyiddin
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Yang di-Pertuan Agong
#letak jawatan
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan