Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 13, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita dalam negara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 September 2021.
1. Agong laksana amanah berat lantik PM ke-9, puas hati sokongan 114 ahli Parlimen
Al-Sultan Abdullah bertitah, buat kali kedua dalam tempoh pemerintahan baginda, negara telah sekali lagi menyaksikan peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia.
2. Pelaburan langsung asing Malaysia lonjak 223.1 peratus
Malaysia merekodkan prestasi yang memberangsangkan pada separuh pertama 2021 apabila pelaburan langsung asing (FDI) melonjak 223.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
3. Harga ayam: KPDNHEP adakan sesi libat urus bersama pengeluar, penternak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil pendekatan baharu bagi menangani masalah kenaikan harga barang terutama harga ayam di pasaran.
4. Vaksin COVID-19: Sarawak bincang dos penggalak hujung minggu ini
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak akan berbincang dengan KKM mengenai pemberian 'booster dose’ kepada kumpulan pertama penerima vaksin COVID-19 di negeri itu.
5. Bekas juara remaja dunia Jin Wei umum persaraan
Bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei hari ini mengejutkan dunia badminton, apabila mengumumkan persaraannya daripada sukan itu pada usia 21 tahun.
6. Kes baharu COVID-19 hari ini jatuh kepada 16,073, Sarawak masih tertinggi - KP Kesihatan
Sarawak terus menjadi negeri tertinggi mencatatkan jangkitan harian baharu COVID-19 iaitu sebanyak 3,352 kes. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes harian baharu seluruh negara pada hari ini telah jatuh kepada 16,073 kes.
7. Transformasi Parlimen dan Kerajaan: MoU petang ini buka lembaran baharu sejarah negara
Memorandum persefahaman (MoU) yang bakal dimeterai Blok Kerajaan dan Pembangkang di Dewan Rakyat petang ini bakal membuka lembaran baharu dalam sejarah Malaysia.
8. Sumbangan diterima Yayasan Akalbudi tidak menyalahi undang-undang - Peguam
Pasukan pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak terlibat dalam pertuduhan kes pengubahan wang haram kerana sumbangan yang diterima Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak menyalahi undang-undang.
9. Pembukaan semula sekolah: Murid khas perlu ada pendekatan SOP - Ras Adiba
Pendekatan situasi norma baharu perlu diterapkan di rumah khususnya terhadap murid-murid khas yang akan kembali mengikuti sesi persekolahan secara bersemuka di beberapa negeri.
10. Lakar sejarah, enam perkara dimeterai dalam MoU kerajaan dan pembangkang
Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini telah melakar satu sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang berlangsung di Dewan Bankuet, Parlimen.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI #Parlimen #Memorandum Persefahaman #MoU #COVID-19 #KKM