Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 16, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 September 2021.
1. Hari Malaysia: Perjalanan negara penuh lembaran warna-warni sejak 1963 - PM
Malaysia tetap utuh sebagai sebuah negara yang aman, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong sebagai Payung Perpaduan Negara sejak pembentukannya pada 16 September 1963.
2. Rakyat akan rasai kesan jika rasuah tidak dihapuskan - Hussamuddin
Semua pihak tanpa mengira agama dan kaum perlu bangkit menolak budaya rasuah yang semakin berleluasa mutakhir ini, kata Ketua Pasukan #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub.
3. Sultan Kedah berkenan tinjau kesan bencana di Titi Hayun
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan meninjau kesan bencana akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun di sini.
4. Kanak-kanak hilang dalam kereta ditemui lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan yang hilang ketika dibawa bapanya ke sebuah ladang kelapa sawit di Felda Jengka 4 semalam, ditemukan lemas di Sungai Jempol, di sini kira-kira 10.37 pagi Khamis.
5. Adam Adli, lebih 20 aktivis muda sertai PKR
Aktivis sosial, Adam Adli Abdul Halim antara 20 aktivis anak muda yang mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
6. COVID-19: 18,815 kes baharu, Sarawak tertinggi dengan 3,660 kes
Dengan pertambahan kes itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif virus berkenaan dalam negara setakat ini ialah 2,049,750 kes.
7. Solat Jumaat di masjid di KL, Putrajaya dibenarkan 500 orang - JAWI
Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan seramai 500 orang, berkuat kuasa esok.
8. 1MDB: KPMG lunaskan tuntutan RM333 juta, antara penyelesaian terbesar di Asia Tenggara - MoF
Firma pengauditan KPMG hari ini bersetuju untuk membayar semula RM333 juta bagi memenuhi tuntutan berkaitan tanggungjawab fidusiari mereka dalam pengauditan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara tahun 2010 hingga 2021.
9. Projek Rintis Langkawi: Lima dikesan positif COVID-19, diarah kuarantin di rumah
Lima daripada 2,546 individu yang disaring di pintu masuk udara dan laut ke Langkawi dikesan positif COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari tadi.
10. Kerajaan beri perhatian isu berkaitan Sabah dan Sarawak - PM
Kerajaan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
#berita tempatan #berita pilihan