ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Oktober 2021.

1. Vaksinasi Lembah Klang hanya melalui janji temu bermula 4 Oktober - CITF

Bermula 4 Oktober 2021 (Isnin), vaksinasi bagi penduduk dewasa Lembah Klang untuk warga negara dan bukan warga negara kini hanya dengan kaedah janji temu sahaja.

2. Empat peratus lagi untuk benarkan rentas negeri, terus lakukan kawalan kendiri - KJ

Kadar vaksinasi negara terus mencatatkan peningkatan dengan 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka.

3. Malaysia mulakan proses rundingan perolehan ubat antiviral Merck - KJ

Malaysia sudah memulakan proses rundingan perolehan ubat antiviral COVID-19 daripada syarikat perubatan Merck.
 
4. Impak baik kerjasama kerajaan dan pembangkang - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang menampakkan impak yang baik.

5. COVID-19: 10,915 kes baharu, Sarawak masih tertinggi

Jumlah jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini mencatatkan penurunan berbanding semalam dengan 10,915 lagi kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

6. Kelantan, Terengganu mula bersekolah esok

Dua negeri kumpulan A iaitu Terengganu dan Kelantan manakala di Kedah hanya melibatkan Pulau Langkawi akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada Ahad.

7. Setiap satu hektar hutan simpan yang diceroboh, negara kerugian RM1.4 juta nilai biodiversiti

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengakui adanya dasar bagi menggalakkan rakyat melakukan aktiviti pertanian di sekitar tahun 70-an dan 80-an, menyebabkan adanya kawasan hutan simpan di negeri Selangor terdedah kepada aktiviti tersebut.

8. Bot karam, 10 pemancing dikhuatiri hilang di perairan Pulau Satang

Sepuluh pemancing dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam kira-kira 20 batu nautika di perairan Barat Laut Pulau Satang, Kuching pada Sabtu.

9. Langkah stabil harga ayam dikenal pasti - Nanta Linggi

Kerajaan telah mengenal pasti beberapa langkah yang boleh diambil bagi menstabilkan harga ayam agar tidak naik mendadak sehingga membebankan pengguna.

10. PRU15: Bersatu sedia bertembung jika UMNO tidak ubah pendirian - Muhyiddin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia untuk bertembung dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).