MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Oktober 2021.
Keadaan banjir di Melaka, Selangor dan Perak semakin pulih apabila jumlah mangsa serta pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.
Kakitangan MBPP, MBSP enggan divaksin berdepan ditamatkan perkhidmatan
2. Seramai 48 orang daripada 7,002 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang didapati enggan menerima suntikan vaksinasi COVID-19.
Sulaiman yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu mempersoalkan adakah Adly dan blok PH akan bertanding pada PRN, November ini.
Agihan kerusi dan senarai calon dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Selasa ini.
Malaysia hari ini mencatatkan 5,828 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,426,050 kes.
Penggiat industri pelancongan perlu menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelancong domestik dan luar negara terjamin, termasuk ketika pelaksanaan Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) bagi Projek Rintis Pulau Langkawi, yang bermula 15 November ini.
Kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Parlimen pada 26 Oktober.
Jangan mendahului Yang di-Pertuan Agong dalam urusan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) akan membawa kembali zaman BN yang dirindui rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
Kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Parlimen pada 26 Oktober.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami