ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 November 2021.

1. BN bertanding semua 28 kerusi pada PRN Melaka, 86 peratus muka baharu

Barisan Nasional meletakan calon di semua 28 kerusi yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini dengan menampilkan 86 peratus muka baharu.

2. Kisah Nazir Razak - What's in a Name

Kerana merasakan sesuatu yang janggal dan tidak kena dengan operasi Terengganu Investment Authority dan 1MDB, Datuk Seri Nazir Tun Razak mengambil keputusan untuk menentangnya secara terbuka.

3. Pas tidak mahu sekadar jadi 'penumpang' - Abdul Hadi

Pas tidak mahu dikurung dalam sebuah permuafakatan yang tertutup dengan hanya menjadi penumpang dalam politik tanah air.

4. PRN Melaka: Idris Haron, Nor Azman sah bertanding tiket PH

Teka-teka ke mana hala tuju dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akhirnya terjawab apabila disahkan bakal bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH).

5. PRN Melaka: PH ketengahkan Farzana Hayani, calon berusia 21 tahun

Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan calon termuda yang bakal mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

6. PRN Melaka: 'MN sudah berkubur, ataupun lama mati tak ada kubur' - Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan kuasa politik Melayu sudah berkubur walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenainya.

7. Muhammad Ziyad, jurulatih reda, akui laku kesilapan tanpa sedar

Jaguh lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) Muhammad Ziyad Zolkefli serta jurulatihnya Mohd Faizol Harun, redha dengan keputusan Jawatakuasa Siasatan Dalaman bagi merungkai isu melanda mereka berdua di Sukan Paralimpik Tokyo, Ogos lepas.

8. What's in a Name: Sampai bila raksasa berkepala tiga akan ganggu Malaysia? - Nazir

Golongan ahli politik di negara ini yang tidak mempunyai gambaran serta visi yang jelas mengenai hala tuju negara, akhirnya akan terus terperangkap dengan slogan populis selain terus mengagihkan wang demi mendapat sokongan.

9. PRN Melaka: Perikatan Nasional letak calon di 28 kerusi DUN

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menyaksikan sekurang-kurangnya persaingan tiga penjuru apabila Perikatan Nasional (PN) juga mengesahkan akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

10. PRN Melaka: Pas kecewa BN, UMNO tanding semua kerusi - Tuan Ibrahim

Pas menzahirkan rasa kecewa dengan keputusan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang mengumumkan bertanding di semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.