awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: PH ketengahkan Farzana Hayani, calon berusia 21 tahun

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
06/11/2021
10:34 MYT
PRN Melaka: PH ketengahkan Farzana Hayani, calon berusia 21 tahun
Farzana Hayani akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.- Foto Pakatan Harapan
AYER KEROH: Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan calon termuda yang bakal mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, calon wanita berusia 21 tahun, Farzana Hayani Mohd Nasir yang juga Ketua Srikandi Keadilan Melaka itu akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.
Antara lain, Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang sebelum ini tewas di kerusi DUN Rim di tangan calon Barisan Nasional (BN) sekali lagi dicalonkan pada PRN ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya akan bertanding di DUN Paya Rumput.
BACA: Idris Haron, Nor Azman sah bertanding tiket PH
Selain itu, dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Amanah iaitu bekas ketua menteri, Adly Zahari dan Datuk Sofi Abdul Wahab masing-masing mengekalkan kerusi di DUN Bukit Katil dan Durian Tunggal.
Sementara itu dua bekas Adun PKR, Datuk Gue Teck mengekalkan kerusi di DUN Klebang manakala bekas Adun Machap Jaya, Datuk Ginie Lim Siew Lin digugurkan dan digantikan oleh Naib Ketua Cabang Kota Melaka, Law Bing Haw.
Senarai calon AMANAH ;
N01 - KUALA LINGGI : Julasapiah kasim N03 - AYER LIMAU : Mazenah Baharuddin N05 - TABOH NANING : Zairi Suboh N09 - DURIAN TUNGGAL : Mohd Sofi Wahab N12 - PANTAI KUNDOR : Datuk Nor Azman Hassan N17 - BUKIT KATIL : Adly Zahari N23 - TELOK MAS : Ashraf Mukhlis Minghat N26 - SERKAM : Muhammad Khomeini Kamal N27 - MERLIMAU : Azrin Ab Majid
Senarai Calon PKR ;
N02 - TANJUNG BIDARA : Zainal Hassan N04 - LENDU : Mohamad Asri Ibrahim N06 - REMBIA : Zamri Pakiri N08 - MACHAP JAYA : Law Bing Haw N10 - ASAHAN : Datuk Seri Idris Haron N11 - SUNGAI UDANG : Hasmorni Tamby N13 - PAYA RUMPUT : Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin N14 - KLEBANG : Datuk Gue Teck N18 - AYER MOLEK : Mohd Rafee Ibrahim N25 - RIM : Prasanth Kumar A/L Brakasam N28 - SUNGAI RAMBAI : Faryani Hayani Mohd Nasir
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Anwar Ibrahim
#Farzana Hayani Mohd Nasir
#calon PH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan