ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 November 2021.
1. [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka berlangsung dalam norma baharu
PRN Melaka bermula Isnin dengan proses penamaan calon di 28 pusat penamaan menyaksikan suasana norma baharu dalam perjalanan pilihan raya.
2. Dos penggalak COVID-19: 'Pergi klinik, klinik tutup', KKM perkukuh MySejahtera
Kementerian Kesihatan sedang menambah baik dan memperkukuh aplikasi MySejahtera susulan beberapa aduan berkait aplikasi tersebut, kata Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
3. Sakit belakang sebabkan Zii Jia terpaksa lupakan gelaran juara Terbuka Hylo 2021
Jaguh perseorangan negara Lee Zii Jia pasti tidak dapat melupakan perlawanan akhir Terbuka Hylo 2021 di Jerman malam tadi selepas beliau terpaksa menarik diri daripada meneruskan perlawanan dalam set penentuan berikutan sakit belakang yang dialaminya.
4. Pekerja ekonomi gig di Malaysia tidak termasuk di bawah definisi pekerja - Awang
Pekerja ekonomi gig di negara ini tidak termasuk di bawah definisi pekerja seperti yang dinyatakan di bawah Akta 265, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76), kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim.
5. PRN Melaka: Kempen secara fizikal, ceramah, syarahan tidak dibenarkan - SPR
Penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PRN Melaka, demikian menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.
6. Sri Ram kekal sebagai TPR kanan, Mahkamah Rayuan tolak rayuan Najib, Muhammad Shafee
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah gagal dalam rayuan mereka untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada menjadi timbalan pendakwa raya (TPR) kanan dalam kes mereka.
7. COVID-19: Jumlah kes meningkat sedikit kepada 4,543
Angka kes baharu COVID-19 mencatat peningkatan sedikit berbanding Ahad iaitu sebanyak 4,543 kes dilaporkan untuk tempoh 24 jam lalu.
8. Mahkamah tolak saman lucut hak berkaitan 1MDB terhadap Najib, keluarga, lain-lain
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kerajaan bagi melucut hak barangan mewah yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka dan beberapa individu.
9. JPA belum ambil tindakan penjawat awam enggan vaksin
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman bagaimanapun berkata, penjawat awam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih lagi merupakan angka tertinggi yang belum menerima vaksin.
10. Operasi sekolah di 5 negeri Fasa 4 PPN bermula 21, 22 November
Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan bermula pada 21 dan 22 Nov.
Astro Awani
Mon Nov 08 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 November 2021.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.