MELAKA: Penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, demikian menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.
Dalam sidang media selepas proses penamaan calon hari ini beliau meminta semua pihak yang terlibat dengan PRN Melaka mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 bagi PRN Melaka yang disenaraikan dalam portal SPR, dan menurutnya semua SOP itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.
Beliau berkata antara yang turut dilarang semasa PRN Melaka adalah kempen ziarah rumah ke rumah, aktiviti tinjauan mesra (walkabout) dan pengedaran risalah kepada orang awam secara bersemuka.
Sementara itu berdasarkan kenyataan beliau di portal berkenaan, SOP itu menetapkan bahawa calon dan atau jentera pilihan raya dibenarkan untuk memasang 'banner' dan 'gegantung' di dalam kawasan pilihan raya, mengedar risalah bagi tujuan berkempen di peti-peti surat penduduk sekitar dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka berlangsung dalam norma baharu
Bagaimanapun menurutnya bagi aktiviti pengedaran risalah, jumlahnya mereka yang dibenarkan terlibat dihadkan tidak lebih dari tiga orang, dan bagi tujuan berkempen, calon digalakkan menggunakan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Wechat, Snapchat, Whatsapp, Telegram dan lain-lain aplikasi sebagai alat untuk menyampaikan kempen.
Selain itu kempen menggunakan rangkaian televisyen, akhbar tempatan juga digalakkan untuk digunakan dan calon perlu memanfaatkan penggunaan teknologi di dalam tempoh kempen selaras norma baharu yang perlu diamalkan berikutan pandemik COVID-19.
"Calon-calon yang bertanding masih tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) semasa berkempen dan sebarang bentuk kempen melalui media massa pada hari mengundi adalah tidak dibenarkan," katanya dalam kenyataan yang dipaparkan di portal berkenaan.
Beliau berkata hanya calon yang mendapat permit daripada polis dibenarkan berkempen menerusi kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara pada waktu dan lokasi yang ditetapkan dalam permit dan tidak dibenarkan berhenti di sepanjang laluan dalam menyampaikan ceramah.
Menurutnya hanya satu bilik jawatankuasa (bilik gerakan parti) dibenarkan beroperasi untuk setiap calon bagi satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tempoh berkempen dengan had kapasiti adalah 50 peratus daripada kapasiti ruang dan penjarakan fizikal manakala operasi bilik gerakan kecil tidak dibenarkan.
Selain itu semua yang terlibat juga dikehendaki menjalani ujian RTK Ag kendiri setiap dua hari sepanjang kempen pilihan raya berlangsung, dengan kos ditanggung sendiri dan setiap keputusan ujian perlu dimuat naik ke dalam aplikasi MySejahtera.
Abdul Ghani berkata hanya yang mereka dengan keputusan negatif dibenarkan terlibat dalam aktiviti sepanjang kempen pilihan raya manakala individu dengan keputusan positif, tidak dibenarkan terlibat dalam mana-mana aktiviti kempen pilihan raya dan mengikuti garis panduan sedia ada.
Selain itu katanya mesyuarat parti boleh diadakan dengan had dua jam serta kekerapan tidak melebihi empat kali seminggu dengan dihadiri individu lengkap divaksin dan tertakluk kepada 50 peratus kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal.
"Mesyuarat parti juga bermaksud aktiviti mesyuarat dengan susun atur tempat untuk bermesyuarat dan bukannya untuk sesi taklimat atau ceramah atau apa juga bentuk kempen fizikal yang dilarang," katanya.
Abdul Ghani berkata sidang media selepas mesyuarat parti juga dibenarkan dengan kehadiran individu yang hadir semasa mesyuarat sahaja dan juga wartawan, yang telah lengkap divaksin.
Bagi hari mengundi awal dan hari mengundi, menurutnya ejen parti atau calon yang telah selesai bertugas atau pengundi yang telah selesai mengundi perlu segera meninggalkan pusat mengundi dan cadangan masa yang digalakkan bagi setiap pengundi untuk keluar mengundi dinyatakan apabila pengundi membuat semakan maklumat pengundian melalui aplikasi mySPR Semak atau di portal Semakan Daftar Pemilih SPR.
"Ini bagi mengawal jumlah pengundi yang datang ke pusat mengundi dalam satu-satu masa. Peringkat waktu yang digalakkan adalah pada pukul 8 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 12 tengah hari, 12 tengah hari hingga 2 petang dan 2 hingga 4.30 petang," katanya.
Bagi pengundi yang bergejala seperti batuk, sakit tekak atau sukar bernafas atau suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius, Abdul Ghani berkata mereka hendaklah diasingkan serta-merta daripada pengundi yang lain dan mengundi di tempat khas (khemah khas untuk memangkah).
Pengundi (bergejala) wajib memakai pelitup muka berganda dan sarung tangan getah pakai buang sebelum memegang kertas undi dan ke petak mengundi dan petugas yang terlibat mengendalikan individu bergejala juga hendaklah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan serta memakai pakaian perlindungan diri (PPE) sepanjang mengendalikan individu berkenaan.
Bagi pengundi yang positif COVID-19, mereka tidak dibenarkan keluar dari tempat mereka sedang menerima rawatan seperti hospital, pusat kuarantin dan rumah kerana boleh membawa jangkitan kepada awam manakala pengundi berstatus patient under investigation (PUI) dan person under surveillance (PUS) yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran dari pegawai kesihatan daerah.
Selain itu, pengundi di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu menjalani ujian RTK Ag dalam masa 24 jam sebelum tarikh mengundi dan hanya pengundi yang negatif dan mendapat kebenaran polis dibenarkan untuk keluar mengundi.
Bagi pusat penjumlahan rasmi undi, hanya lima orang penyokong bagi calon yang menang (keputusan tidak rasmi) dan tiga orang penyokong calon lain yang bertanding dibenarkan hadir, dan kebenaran untuk masuk ke pusat penjumlahan undi akan dimaklumkan, dan pas masuk diedarkan oleh Pegawai Pengurus sebelum pengumuman keputusan pilihan raya dibuat.
"Sebarang acara sambutan atau majlis keraian kemenangan calon adalah tidak dibenarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Abdul Ghani berkata antara yang turut dilarang semasa PRN Melaka adalah kempen ziarah rumah ke rumah, aktiviti tinjauan mesra (walkabout) dan pengedaran risalah kepada orang awam secara bersemuka. - Gambar fail/BERNAMA
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.