ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 November 2021.

1. Doktor Kontrak: Senada dengan Anwar, KJ komited selesaikan 'masalah legasi'

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin komited untuk memastikan isu melibatkan lantikan pegawai perubatan kontrak ke perjawatan tetap diselesaikan segera.

2. What's in a Name: Kerana pertalian darah, Nazir urus duit Najib, akhirnya menyesal...

Datuk Seri Nazir Tun Razak, dalam memoirnya bertajuk ‘What’s in a Name’ berkata, beliau pada ketika itu sangat berbangga melihat abangnya menyambung legasi ayahanda mereka.

3. Bajet 2022: Zafrul yakin unjuran KDNK mampu dicapai, selaras unjuran IMF, Bank Dunia

Unjuran tersebut adalah selari dengan unjuran pertumbuhan terbaharu yang digariskan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.

4. Parlimen: ''Saya tidak suka orang lompat-lompat" - Bung Moktar

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyeru semua wakil menyokong usul Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang dibawa Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang).

5. 1MDB diurus seumpama 'sebuah kedai kopi Cina di Jalan Petaling' - Sri Ram

Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa cara pengurusan syarikat itu boleh digambarkan seumpama pengurusan "kedai kopi Cina".

6. COVID-19: Kes meningkat kepada 5,403

Angka kes baharu COVID-19 sekali lagi mencatatkan peningkatan berbanding Isnin apabila sebanyak 5,403 kes dilaporkan untuk tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 2,516,255 kes.

7. Azis Jamman 'amuk', dedah helah perbelanjaan di Sabah

Sabah disifatkan sebagai negeri anak tiri susulan strategi pengagihan peruntukan daripada Persekutuan yang lapuk dan disifatkan gagal. 

8. Wujudkan jawatan hakim Jusa C kendali kes jenayah seksual - Azalina

Kerajaan dicadang supaya memberikan perhatian segera dan serius terhadap jurang implementasi di peringkat institusi seperti perjawatan khusus pegawai kehakiman Jusa C bagi Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak. 

9. 'Apa kesalahan Sajat, Rewcastle Brown? Tolonglah cari Jho Low ...' - RSN Rayer

Menurut Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, PDRM perlu berikan tumpuan pencarian ke atasahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan bukan mencari Clare Rewcastle Brown serta Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

10. Kejadian kepala air berlaku lagi di Kedah, 16 mangsa terperangkap

Kejadian kepala air berlaku lagi di Kedah dan kali ini mengakibatkan 16 orang terperangkap di atas bukit di Batu Sungai Changlun, Bukit Kayu Hitam.