MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 November 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 November 2021.
Fokus utama kerajaan untuk membendung penularan pandemik COVID-19 mula membuahkan hasil berkat kerjasama semua pihak dan pelaksanaan strategi yang berkesan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Konsep Keluarga Malaysia, falsafah baharu pentadbiran negara
2. Konsep Keluarga Malaysia akan dijadikan falsafah baharu dalam pentadbiran negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar setiap pandangan rakyat sewajarnya dihargai dan keperluan mereka dipenuhi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,541,147.
Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara.
Kenyataan Pengerusi Perikatan (PN) Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa zaman Barisan Nasional (BN) sudah berakhir ibarat satu penghinaan yang menyedihkan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Politik ugut mengugut dan mencabar antara satu sama lain adalah budaya politik lapuk serta hanya akan membuat rakyat muak, tegas Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat secara teliti kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kini dianggotai oleh pakar undang-undang, patologi forensik dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kerajaan membuat keputusan membenarkan arak jenama tempatan, Timah yang sebelum ini mencetus kontroversi untuk mengekalkan nama itu.
Negara bakal menyaksikan peningkatan kes COVID-19 dan wujudnya satu gelombang baharu menjelang hujung tahun ini jika ramai yang masih enggan mengambil suntikan dos penggalak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami