MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 November 2021.
Penggunaan kotak Android atau Android box untuk mengakses siaran berbayar dan hak cipta lain dengan cara yang salah adalah diharamkan kerana mencerobohi hak dan menzalimi pihak lain.
MSJTC komited selesaikan isu Pulau Batu Puteh
2. Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) bermesyuarat secara maya pada 23 November lalu bagi meneruskan perbincangan mengenai pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ke atas Isu Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).
Harga atau caj perkhidmatan 5G pada masa hadapan dijangka jauh lebih rendah berbanding kos penggunaan 4G ketika ini.
Lapan lokasi di Kelantan dikenal pasti berisiko berlakunya kejadian kepala air, tanah runtuh dan mendapan tanah berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.
Perjanjian pajakan tanah di mukim Padang Lalang, Langkawi antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah ditamatkan pada 2018.
Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Nazir Tun Razak bersama 54 tokoh politik, akademik, ekonomi, kesihatan dan undang-undang mencadangkan kerajaan mewujudkan “Better Malaysia Assembly”, reformasi dalam pentadbiran negara.
Berpunca daripada alat pembesar suara (speaker), seorang lelaki maut dicekik dalam pergaduhan membabitkan beberapa lelaki di hadapan sebuah warung di Flat Ashby Road di sini sekitar pukul 7 pagi tadi.
8. Strategi pemasaran berunsur lucah hanya untung sementara, cemar imej diri dan perniagaan - Azharee
Berniaga dengan menggunakan taktik pemasaran berunsur lucah tidak akan memajukan sesuatu perniagaan untuk jangka masa panjang selain hanya menjatuhkan maruah diri dan juga perniagaan itu sendiri.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan perbincangan lanjut bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka dijangka berlangsung petang esok selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami