Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 27, 2021 15:56 MYT
November 27, 2021 15:56 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 November 2021.
Bersatu memberi laluan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak untuk bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Disember ini.
Hari penamaan calon semakin hampir, namun DAP Sarawak masih belum memuktamadkan senarai penuh calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah mengesahkan kenaikan harga sayur-sayuran di negeri ini berlaku apabila menjelang musim tengkujuh.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka merasmikan pembukaan sempadan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua, Isnin ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 5,097 kes baharu COVID-19 setakat tengah hari Sabtu. KP Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes yang direkodkan hari ini menunjukkan penurunan berbanding semalam iaitu 5,501 kes.
Kementerian Pengangkutan mengarahkan semua syarikat penerbangan menurunkan harga tiket penerbangan domestik dengan segera, tanpa perlu campur tangan kerajaan Persekutuan.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, sejumlah 93 kes dilaporkan sepanjang tahun ini, meningkat tujuh kes berbanding tempoh sama tahun lalu.
Isu kenaikan harga barangan telah membawa kepada rungutan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara, termasuk para peniaga.
Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perkara itu diumumkan beliau ketika menghadiri Program Jelajah Presiden Keadilan di Kampung Baru Machap.
Kementerian Pendidikan telah membekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan dapat dilaksanakan seperti mana tatacara pelaksanaannya.