awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rogol meningkat di Kelantan - Polis

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
27/11/2021
04:52 MYT
Kes rogol meningkat di Kelantan - Polis
Jumlah kes rogol membabitkan remaja berusia 18 tahun ke bawah di Kelantan meningkat berbanding tahun lepas. -Gambar hiasan
PASIR MAS: Jumlah kes rogol membabitkan remaja berusia 18 tahun ke bawah di Kelantan meningkat berbanding tahun lepas.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, sejumlah 93 kes dilaporkan sepanjang tahun ini, meningkat tujuh kes berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Tahun lepas 86 kes, tahun ini 93 kes. Naik tujuh kes. Ini ialah kes yang dilaporkan kepada pihak polis," kata Shafien.
Tambahnya, daerah Kota Bharu merekodkan kes tertinggi diikuti Bachok.
Shafien berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat kes yang tidak dilaporkan dan sengaja disembunyikan oleh keluarga.
Terdapat kes yang membabitkan seks 'suka sama suka' dan ada juga kerana dirogol teman lelaki yang kebanyakannya membabitkan remaja bawah 18 tahun.
Katanya lagi, kebanyakan laporan yang dibuat disebabkan kes sudah terbongkar dan diketahui ibu bapa atau laporan dari pihak hospital.
Kebanyakan kes rogol yang dilaporkan itu berjaya diselesaikan dengan tangkapan dan pendakwaan.
Shafien dalam pada itu berkata indeks jenayah di Kelantan bagaimanapun mencatatkan penurunan sebanyak 1,652 kes berbanding 2,097 kes pada tahun lalu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita malam tadi.
Topic Berkaitan
#kes rogol di kelantan
#Shafien Mamat
#Ketua Polis Kelantan
#disembunyikan keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan