Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 3, 2021 15:59 MYT
Disember 3, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Disember 2021.
Kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November.
Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 bagi Seksyen 11 dan 12 pada sesi pertama Parlimen tahun hadapan.
11 lokaliti di daerah Kota Setar dikenal pasti Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah tempat pembiakan nyamuk Culex Tritaenioryhncus dan Culex Sitiens yang berpotensi menyebarkan virus Japanese Encephalitis (JE).
Sejumlah 5,551 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sejak pandemik bermula, sebanyak 2,649,578 kes.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan runtuhan tanah di Seksyen 27, Simpang Pulai - Cameron Highlands diteruskan dengan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).
Program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara dan darat antara Singapura dan Malaysia diteruskan meskipun negara sudah merekodkan kes pertama positif COVID-19 varian Omicron
Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti membuli dalam kalangan anggota tentera dan mereka boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.
Sebanyak 24 muka baharu ditampilkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi berentap pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak pada 18 Disember ini, termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disebut-sebut sebelum ini iaitu Lingga dan Tanjung Datu.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) terpaksa mengumumkan dua lagi calon untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong dan Bawang Assan ekoran perbincangan bersama Parti Sarawak Bersatu menemui jalan buntu.
Kes pertama varian Omicron di negara ini serta tujuh kontak rapatnya disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian RT-PCR pada Jumaat.