awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 5,551 kes baharu dalam tempoh 24 jam, 47 kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/12/2021
07:34 MYT
COVID-19: 5,551 kes baharu dalam tempoh 24 jam, 47 kematian
Jumlah kumulatif kes kematian kini sebanyak 30,521 berdasarkan perkongsian menerusi data COVIDNOW. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sejumlah 5,551 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sejak pandemik bermula, sebanyak 2,649,578 kes.
Menurut data COVIDNOW, setakat tengah malam semalam, 47 lagi kematian baharu direkodkan termasuk 12 kes kematian yang dibawa ke hospital (BID).
Jumlah itu juga menjadikan angka kumulatif bagi kes kematian sebanyak 30,521.
Pada 3 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,551 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,649,578 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/OSIyIuMgzP
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 3, 2021
Berdasarkan kes yang dilaporkan hari ini, kebanyakan kes masih terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2.
Manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 sebanyak 1.4 peratus atau bersamaan dengan 78 kes.
Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini sedang merawat seramai 499 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 269 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Mengenai kes sembuh, sejumlah 5,301 kes direkodkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,556,554.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan