ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Disember 2021.

1. 11 PATI mangsa bot karam lemas, 14 selamat, 25 masih hilang

Susulan bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di Tanjung Balau, Johor, pihak berkuasa mengesahkan, kesemua mangsa tragedi itu awal pagi ini adalah seramai 50 orang.

2. Perak akan perkenal Dasar Pembangunan Sukan OKU

Perak akan menjadi negeri pertama yang memperkenalkan Dasar Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri sebagai usaha memperkasakan bidang sukan terhadap golongan berkenaan sehingga ke peringkat kebangsaan.

3. Pecah cermin kereta isteri, seorang lelaki ditahan

Seorang lelaki ditahan selepas bertindak kasar dengan memecahkan cermin kenderaan dipercayai dinaiki isteri bersama dua anaknya dalam kejadian pada Isnin.

4. COVID-19: 41 positif, Kluster Puncak Ilmu dikesan di UMS

Satu kluster baharu COVID-19 dikesan di Sabah melibatkan 41 kes di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

5. Tiada gangguan, 'ribut' dalam pentadbiran kerajaan - Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, tiada gangguan atau ‘ribut berlaku dalam pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

6. Long Tiger buat hal, lolos dari lokap mahkamah

Polis sedang mengesan lelaki berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai ‘Long Tiger’, yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

7. 41 lagi pelajar Politeknik Nilai positif COVID-19

Sebanyak 41 kes baharu COVID-19 dikesan di Politeknik Nilai hari ini menjadikan keseluruhan 52 kes setakat ini.

8. Insaflah, minta ampun dengan Allah, kata hakim kepada lelaki rogol, lakukan seks luar tabii

Hakim Mahkamah Rayuan hari ini menasihati seorang lelaki yang dihukum penjara 20 tahun dan 12 sebatan kerana merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang wanita, supaya meminta ampun dengan Allah atas perbuatannya itu.

9. Diskaun saman JPJ dilanjut hingga 31 Dis ini

Tempoh pengurangan kompaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 80 peratus yang berakhir hari ini dilanjutkan hingga 31 Dis.

10. Polis tembak mati lelaki dikehendaki

Seorang lelaki mati selepas ditembak polis di persimpangan Jalan Simpang Tiga - Batu Lintang, dekat sini sekitar jam 7.40 malam Rabu.