ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Disember 2021.

1. [LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa turun di empat negeri, Negeri Sembilan meningkat

Bencana banjir yang melanda negara menyaksikan penurunan jumlah mangsa di Selangor, Kelantan, Pahang dan Melaka.

2. Banjir: Polis tidak tolak kemungkinan ada pihak tipu kutipan derma bencana

PDRM tidak menolak kemungkinan wujudnya segelintir pihak yang membuat kutipan derma bagi kegunaan diri sendiri.

3. Bot karam: Proses pemulangan 11 jenazah warga Indonesia bermula

Proses pemulangan itu melibatkan 11 jenazah dengan menggunakan Kapal Patroli Polisi Perairan Indonesia KP Laksamana 7012.

4. COVID-19: 3,528 kes baharu, 44 kematian direkodkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan penularan COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 2,735,241 kes.

5. Tragedi tanah runtuh: "Tolong... tolong, emak tersepit" - Mangsa

Jeritan ibu meminta tolong akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala di sini, masih segar dalam ingatannya.

6. Empat kes Omicron dikesan di Sarawak termasuk jangkitan tempatan

Menurut ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) Profesor Dr David Pereira, dua daripada kes dilaporkan dari Bintulu melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria dan telah menjalani ujian calitan pada 19 Disember.
 
7. Banjir: Menteri Kabinet diarah batal cuti, pulang ke Malaysia segera

Menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan percutian masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.

8. Tidak pernah minta Rizal runding dapatkan rasuah berhubung projek solar, kata Rosmah

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah meminta bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor berunding bagi pihaknya untuk mendapatkan rasuah RM6.5 juta membabitkan projek hibrid solar di Sarawak.

9. Penduduk di kawasan 'hotspot' tanah runtuh diminta sentiasa berwaspada

Penduduk di kawasan cerun kritikal tahap tinggi diminta agar lebih berwaspada dengan kawasan sekitar dan mengambil tindakan segera jika wujud tanda-tanda awal berlakunya tanah runtuh, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

10. Ayob Khan dilantik Pengarah JSJN - PDRM

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.