MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Januari 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Januari 2022.
1. [LAPOR LANGSUNG] Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah
Amaran hujan lebat berterusan (buruk) dijangka berlaku di Sarawak melibatkan lapan kawasan termasuk Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.
2. Saham Azam Baki: Fokus isu perisytiharan harta, perlu cuti rehat - JKMR
Tan Sri Rais Yatim menegaskan, terdapat beberapa persoalan berkenaan pemilikan saham oleh Azam yang masih belum terjawab.
3. Prof Adeeba tersenarai dalam Forbes 50 Over 50
Pakar Penyakit Berjangkit Malaysia Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berjaya menempa nama dalam Majalah Forbes 50 Over 50: Senarai 2022 Asia.
4. Lalitha tidak penuhi kriteria sebagai 'whistleblower' - Pakar kriminologi
Lalitha Kunaratnam disifatkan tidak memenuhi kriteria sebagai “whistleblower”, susulan maklumat yang dikongsikan oleh aktivis itu dilihat sebagai maklumat awam serta boleh diakses orang ramai.
5. Khairuddin digugurkan daripada AJK Pas Pusat - Abdul Hadi
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali digugurkan daripada jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bagi sesi 2021-2023.
6. COVID-19: 3,346 kes baharu, 12 lagi kematian
Menurut perkongsian terbaharu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitternya, penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak 2,802,263 kes.
7. Lelaki rebah, meninggal dunia ketika bermain badminton
Seorang lelaki meninggal dunia ketika bermain badminton di Dewan Badminton Kawasaki, Jalan Pokok Assam, Taman Raja Idris, dekat sini, malam tadi.
8. 23 individu termasuk 12 remaja didakwa promosi judi dalam talian
Seramai 23 individu termasuk 12 remaja bawah umur dan empat wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mempromosikan perjudian dalam talian, Jumaat lepas.
9. ADUN Perak ditahan di pusat hiburan di P. Pinang
Polis menahan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai, Pulau Pinang pada Khamis. Wakil rakyat berusia 54 tahun itu ditahan selepas ujian saringan awal air kencing ke atasnya didapati positif dadah.
10. Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada sekitar 4.45 petang Jumaat.