ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 Mac 2022.


1. Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp didakwa perdaya ahli lembaga pengarah

Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah JCorp untuk membuat pelaburan AS$2.25 juta (RM9.46 juta) di dua syarikat, tiga tahun lepas.



2. Adegan 'panas': Zul Ariffin akan disiasat - Annuar Musa

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 


3. Kerajaan sedia laksana hukuman alternatif pesalah syariah - Hamzah 

Kerajaan sedia melaksanakan hukuman alternatif kepada pesalah-pesalah syariah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin 


4. Kerajaan masih kaji kesesuaian laksana kembali GST

Kerajaan masih mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta model cukai kepenggunaan yang lain, menurut Kementerian Kewangan. 


5. Tempoh KM dua tahun, Kabinet Sabah secara dasar luluskan tetapi perlu sokongan ADUN

Kabinet Sabah secara dasarnya meluluskan cadangan meminda Perlembagaan Negeri bagi mengehadkan pelantikan Ketua Menteri kepada dua penggal sahaja. 


6. Pembayaran tidak teratur RM1.299 bilion akibat tidak patuh pengurusan kewangan - Laporan Ketua Audit Negara

Ketidakpatuhan terhadap pengurusan kewangan menyebabkan isu pembayaran tidak teratur berjumlah RM1.299 bilion, kerugian wang awam RM11.45 juta serta pembaziran RM8.87 juta kepada kerajaan pada 2020.


7. Mahfuz minta PM beri jaminan tidak akan bubar Parlimen hingga akhir penggal

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku lagi sebarang pilihan raya sehingga tamat tempoh penggal.


8. Sepatutnya "pengkhianat" tidak boleh jadi Menteri Dalam Negeri, bidas Hamzah

Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainuddin membidas kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO yang melabelkan mereka yang lompat parti sebagai pengkhianat itu adalah penakrifan dan persepsi yang ditimbulkan oleh parti itu.


9. Maut kerana RM4: Arwah halalkan semua, lahir hasrat ke syurga - Jiran

Kanak-kanak yang meninggal dunia dipercayai akibat dibelasah pelajar senior di sebuah kompleks rumah anak yatim dan miskin, di sini pada petang Ahad lalu, disifatkan seorang yang peramah dan tidak pernah berkira dengan rakannya.


10. Azizulhasni, Cheong Min Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2019/2020

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan atlet wushu kebangsaan Tan Cheong Min, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020, malam ini.