ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Mei 2022.

1. Banjir kilat di Pontian, dua lagi PPS dibuka

Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pontian dibuka akibat banjir kilat yang melanda kawasan itu sejak Rabu.


2. Jeti runtuh: 'Saya hanya mampu panggil nama abang sambil menangis'

Ketika kejadian tiupan angin laut agak kuat sebelum pondok jeti tersebut runtuh secara tiba-tiba.


3. Debat Pemilihan PKR: Adam Adli, Fahmi Zainol berdebat 10 Mei ini

Saksikan hujah-hujah mereka dalam debat di antara kedua-dua calon Ketua AMK itu secara eksklusif di Astro AWANI pada 10 Mei nanti.

4. Kubur arwah bapa hilang, Reedzwan menangis hanya dapat jumpa batu nisan berlonggok

Kata Reedzwan atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 22, dia masih kaget dan terkejut dengan apa yang berlaku.


5. 2,600 guru COS dijangka disambung - Radzi

Berita menggembirakan itu akan diumumkan dalam masa terdekat sejurus perbincangan antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selesai.


6. Haji: Penerbangan pertama 31 Mei

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Mekah dijadualkan pada 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.


7. Ahli perniagaan Malaysia, teman wanita didapati bersalah manipulasi pasaran saham Singapura

Ahli perniagaan Malaysia, John Soh Chee Wen dan teman wanitanya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ipco International, Quah Su-Ling didapati bersalah dalam pertuduhan kes manipulasi pasaran saham di Singapura.

8. Kes tembak di Bukit Bintang: Dua suspek ditahan

Kedua-dua suspek lelaki warga tempatan masing-masing berusia 47 tahun dan 51 tahun berjaya diberkas di sekitar Puchong kira-kira 8.15 malam semalam.


9. 113 maut kemalangan jalan raya sepanjang enam hari Op Selamat

Sepanjang enam hari Op Selamat yang dilancarkan pada 29 April lalu sempena musim perayaan Aidilfitri itu juga, sejumlah 9,816 kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara.


10. 'Ahmad Zahid minta saya campur tangan dalam kes jenayah beliau di mahkamah' - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menunjukkan sejumlah fail yang banyak berkaitan kes jenayahnya dan meminta bantuan beliau untuk campur tangan dalam prosiding mahkamah.