Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 13, 2022 15:59 MYT
Mei 13, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Mei 2022.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan pemimpin ASEAN di White House pada Khamis (Jumaat di Malaysia).
Syarikat penerbangan AirAsia akan menambah pesawat secara berperingkat menjelang Julai ini bagi menampung permintaan penumpang, kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Produk itu digunakan sebagai pencegahan jangkitan COVID-19 berikutan pra-pendedahan COVID-19 kepada orang dewasa dan remaja 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.
Malaysia berjaya merangkul dua lagi pingat emas susulan kejayaan atlet wusyu negara, Tan Zhi Yan selepas disahkan menerima emas kedua dalam temasya Sukan SEA Hanoi pada Jumaat.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada sentimen pelabur.
Muhammad Qayyum Mazlan, 32, yang memakai kemeja-T dan berseluar pendek bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Jamaludin Mat.
Rekod pergigian digunakan untuk pengecaman identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara awal pagi Khamis.
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menegaskan, keputusan mengkompaun kesalahan SDHB adalah merupakan satu bentuk hukuman yang memadai untuk kesalahan yang dikatakan telah berlaku setelah mengambil kira hal keadaan kes terbabit.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) pada Jumaat.
Ekonomi Malaysia dijangka meneruskan momentum pemulihannya tahun ini, menyaksikan prestasi positif suku pertama 2022 (S1 2022) yang berkembang lima peratus, disokong oleh peningkatan dalam permintaan dalam dan luar negara serta pemulihan pasaran buruh.