KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka meneruskan momentum pemulihannya tahun ini, menyaksikan prestasi positif suku pertama 2022 (S1 2022) yang berkembang lima peratus, disokong oleh peningkatan dalam permintaan dalam dan luar negara serta pemulihan pasaran buruh.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pertumbuhan pada S1 2022 adalah disebabkan sokongan dasar kerajaan yang konsisten, terutamanya melalui inisiatif di bawah Bajet 2022 yang mengembang dengan langkah yang giat dilaksanakan sejak awal tahun, serta kesan limpahan daripada pelaksanaan langkah Bajet 2021 serta pakej-pakej rangsangan dan bantuan sebelum ini.
Sepanjang S1 2022, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bulanan berkembang secara konsisten pada kadar 4.3 peratus pada Januari, 5.2 peratus pada Februari dan 5.4 peratus pada Mac.
Antara indikator ekonomi yang telah menunjukkan trend pertumbuhan adalah pemulihan pasaran buruh yang berterusan, dengan kadar pengangguran pada 4.1 peratus, berkurangan sebanyak 0.2 mata peratusan berbanding suku sebelumnya.
"Ini berpunca daripada pelaksanaan program subsidi upah bernilai lebih daripada RM20 bilion dan kejayaan inisiatif pewujudan peluang pekerjaan seperti JanaKerja dan JaminKerja.
"Kadar pengangguran dijangka terus berkurang pada bulan-bulan akan datang selaras dengan bantuan kerajaan yang berterusan dan prospek perniagaan yang lebih baik," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Faktor kedua, kata Tengku Zafrul ialah keyakinan perniagaan yang semakin meningkat selari dengan penggunaan swasta yang kukuh dapat dilihat melalui Indeks Sentimen Pengguna (CSI) oleh MIER meningkat kepada 108.9 mata pada S1 2022 (S4 2021: 97.2 mata), manakala Statistik Kecenderungan Perniagaan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan indikator keyakinan sebanyak 7.6 peratus (S4 2021: -0.3 peratus).
"Secara keseluruhan, keyakinan dan sentimen tersebut digambarkan melalui peningkatan nilai jualansektor pembuatan yang kukuh sebanyak 13.9 peratus kepada RM144.6 bilion serta jualan perdagangan borong dan runcit yang berkembang sebanyak 9.8 peratus kepada RM123.8 bilion pada Mac 2022," kata menteri kewangan.
Di samping itu perdagangan luar dan pelaburan langsung asing (FDI) kekal kukuh dengan jumlah perdagangan meningkat 23.6 peratus kepada RM624.9 bilion, manakala FDI bersih meningkat kepada RM24.4 bilion (S4 2021: RM18.4 bilion).
Sektor pembuatan, aktiviti kewangan dan insurans/takaful serta sektor perdagangan borong dan runcit telah menarik sebahagian besar daripada aliran masuk FDI terutamanya dari Switzerland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Jepun.
Sementara itu, mengenai pasaran modal dan kewangan Malaysia, Tengku Zafrul berkata ketersediaan pembiayaan terus bertambah baik, yang terbukti dengan peningkatan dalam pertumbuhan pinjaman isi rumah.
Pertumbuhan pinjaman isi rumah terkumpul meningkat sebanyak 4.8 peratus (S4 2021: 4.2 peratus), sejajar dengan peningkatan pengeluaran pinjaman sebanyak 12.7 peratus (S4 2021: 9.5 peratus), mengatasi pertumbuhan pembayaran balik pinjaman sebanyak 3.3 peratus (S4 2021: - 4.6 peratus).
"FBM KLCI meningkat sebanyak 1.3 peratus dalam tempoh S1 2022 dengan pembelian bersihdaripada pelabur runcit tempatan berjumlah RM501 juta dan aliran masuk bersih dana asing yang konsisten berjumlah RM6.5 bilion.
"Bursa Malaysia mendahului bursa-bursa lain di ASEAN dengan hasil penyenaraian baharu daripada lima tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah US$362 juta (RM1.6 bilion)," katanya.
Melangkah ke hadapan, fasa peralihan ke endemik, serta pembukaan semula sempadan antarabangsa, akan meningkatkan ketibaan pelancong dan seterusnya meningkatkan aktiviti perdagangan dan perniagaan.
Selain itu, pengeluaran khas sebanyak RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dijangka merancakkan penggunaan swasta dan terus membantu pemulihan ekonomi.
"Bajet 2022 yang mengembang dan penyambungan semula projek yang mempunyai kesanpengganda tinggi akan membantu mengekalkan pertumbuhan disokong oleh pelaksanaan programpembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
"Seiring dengan permintaan luar yang kukuh daripada rakan dagangan utama, ekonomi negara dijangka berada di landasan untuk mencapai unjuran pertumbuhan antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus pada 2022," kata Tengku Zafrul.
Namun begitu, kerajaan katanya mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini yang berpotensi menjadi risiko kepada pertumbuhan.
Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), inflasi akan meningkat sebanyak 5.7 peratus bagi ekonomi maju dan 8.7 peratus bagi negara yang berkembang pesat dan negara membangun.
"Inflasi Malaysia dijangka berada antara 2.2 peratus dan 3.2 peratus (2021: 2.5 peratus) pada tahun ini, sejajar dengan unjuran IMF sebanyak 3.0 peratus iaitu yang paling rendah dalam kalangan negara ASEAN.
"Sekiranya perkembangan global terus mempengaruhi pelaburan dan perdagangan dunia, rantaianbekalan akan terus terkesan, seterusnya ini berpotensi untuk menjejaskan momentum pemulihanekonomi negara memandangkan Malaysia merupakan sebuah ekonomi terbuka, dengan jumlahperdagangan adalah kira-kira 120 peratus daripada KDNK," katanya.
Tambahan pula, peningkatan mendadak dalam tekanan inflasi terutamanya di Amerika Syarikat telah mendorong beberapa bank pusat untuk meningkatkan kadar dasar dengan lebih pantas yang boleh menjurus kepada persekitaran kewangan global yang lebih ketat.
Beliau turut berkata peningkatan harga komoditi dan makanan serta kekurangan tenaga buruhmungkin mengehadkan potensi pertumbuhan Malaysia.
Memandangkan kerajaan terus memantau dan menguruskan pelbagai risiko ekonomi, Tengku Zafrul berkata keutamaan kerajaan dalam jangka masa sederhana adalah untuk melaksanakan pembaharuan struktural yang akan meningkatkan potensi, daya tahan dan prospek ekonomi negara serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik.
"Secara keseluruhan, langkah dan komitmen kerajaan ini akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif untuk semua," jelas Tengku Zafrul.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pertumbuhan pada S1 2022 adalah disebabkan sokongan dasar kerajaan yang konsisten. - Gambar fail/Astro AWANI
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.