awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Hanoi: Atlet wusyu negara rangkul emas kedua

Hilmi Malik
Hilmi Malik
13/05/2022
05:53 MYT
Sukan SEA Hanoi: Atlet wusyu negara rangkul emas kedua
Tan Zhi Yan (kiri) bersama Clement Ting Su Wei masing-masing berjaya menyumbang pingat emas kepada kontinjen negara dalam acara akhir Taijiquan dan Changquan Lelaki pada Sukan SEA ke-31 di Cau Giay Gymnasium, Hanoi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR : Malaysia berjaya merangkul dua lagi pingat emas susulan kejayaan atlet wusyu negara, Tan Zhi Yan selepas disahkan menerima emas kedua dalam temasya Sukan SEA Hanoi pada Jumaat.
Terdahulu, kontinjen Malaysia turut meraih pingat emas bagi acara changquan lelaki menerusi Clement Ting manakala Calvin Lee berjaya memperoleh perak untuk acara nandao lelaki.
Zhi Yan mempamerkan aksi cemerlang dengan kutipan mata sebanyak 9.71 sekali gus melayakkan dirinya untuk memenangi pingat emas dalam acara taijiquan lelaki.
Sementara itu, atlet Filipina, Jones Llabres meraih perak dengan 9.70 mata sementara atlet Singapura, Chan Jun Kai membawa pulang gangsa dengan 9.57 mata.
#Hanoi2021 | #Wushu Satu lagi pingat EMAS ! Kali ini giliran Tan Zhi Yan yang mempamerkan aksi yang mantap di penampilan pertama dia ini. Zhi Yan menewaskan lawan lain dengan mencatat 9.71 mata bagi acara Taijiquan. #SEAGames2021 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/Fgyflyf3d8
— Team Malaysia (@TeamMsia) May 13, 2022
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Malaysia
#kontinjen malaysia
#wusyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan