awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Abang periang, tidak pernah tunjuk sedih'- Adik Allahyarham Isma Aliff
Eksperimen bateri litium-ion dijalankan di Stesen Angkasa Lepas China
Papa Zola The Movie catat kutipan RM55 juta, ketepikan Avatar: Fire and Ash, Zootopia 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemalangan maut penuntut USAS: Guna rekod pergigian kenal pasti identiti 3 lagi jenazah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/05/2022
09:51 MYT
Kemalangan maut penuntut USAS: Guna rekod pergigian kenal pasti identiti 3 lagi jenazah
Dalam kejadian awal pagi Khamis, lima pelajar USAS itu maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2 PLUS. - Gambar/ Bernama
KUALA KANGSAR: Rekod pergigian digunakan untuk pengecaman identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, rekod pergigian digunakan berikutan keadaan jenazah yang sukar dikenal pasti.
"Buat masa sekarang, pihak hospital cuba menggunakan rekod pergigian untuk membuat perbandingan dengan gigi mayat.
“Sekiranya terdapat persamaan, maka identiti mereka boleh dikenal pasti," katanya di sini, hari ini.
[TERKINI] Nahas lima pelajar USAS - JPJ tidak kompromi
BACA: Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS
BACA: Kereta 5 mangsa rentung dirempuh dari belakang, tersepit di antara dua treler - Polis
Beliau berkata, proses bedah siasat mayat ketiga-tiga mangsa telah selesai dan hanya menunggu pengesahan rekod pergigian sebelum jenazah dibawa pulang oleh waris untuk urusan pengebumian.
Bagaimanapun kata beliau, sekiranya kaedah pengecaman melalui rekod pergigian tidak berjaya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) perlu dilakukan, yang memerlukan lebih masa.
"Oleh itu, waris setiap keluarga telah memberikan sampel untuk ujian DNA yang akan dihantar ke Jabatan Kimia di Cheras untuk dianalisis,” katanya.
Dalam kejadian awal pagi Khamis, lima pelajar USAS itu maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2 PLUS.
Mangsa yang terlibat ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut penuntut USAS
#pengecaman jenazah
#rekod pergigian
#ujian DNA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan