MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Mei 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Mei 2022.
1. Lawatan kerja empat hari ke AS satu kejayaan - PM Ismail Sabri
Beliau berkata lawatannya itu mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-AS, dan juga ASEAN-AS.
2. Perubahan 1 Syawal, Jakim kemas kini Takwim 2022 Miladiah/1443-1444H
Perubahan itu hanya melibatkan bulan Mei 2022/Syawal 1443H.
3. Kes HFMD meningkat enam kali ganda di Pahang
Sebanyak 1,288 kes telah dicatatkan berbanding 190 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.
4. Lima penuntut USAS rentung: Pemandu treler dijangka didakwa Selasa
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan yang membabitkan pemandu treler berusia 28 tahun itu.
5. Sesi wacana: Isham Jalil nyatakan hasrat 'berdepan' Tun Mahathir
Menurut satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya hari ini, beliau sedia berdepan dengan bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu pada bila-bila masa untuk menerangkan beberapa isu.
6. Malaysia kekal dalam senarai 10 negara paling bahaya memandu di dunia
Menurut data dikeluarkan firma pendidikan pemanduan antarabangsa, Zutobi, negara ini mencatatkan skor keselamatan 5.63 daripada 10.
7. Sukan SEA Hanoi: Jackie Wong rampas emas dalam kemenangan epik
Jackie Wong memadam kekecewaan gagal mempertahankan pingat emas baling tukul besi lelaki dalam temasya Manila 2019 apabila kejuaraannya diragut pencabar dari Thailand, Kittipong Boonmawan.
8. UMNO pinda perlembagaan esok
Satu lagi sejarah bakal tercatat dalam tempoh 76 tahun penubuhan UMNO apabila parti itu akan meminda perlembagaannya esok bagi membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
9. Amerika Syarikat perlu bersikap jujur selesai isu Palestin - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pendirian tegas itu harus diambil bagi menyelesaikan krisis yang telah berlarutan sejak sekian lama.
10. Kes HFMD catat peningkatan mendadak, 28,957 kes di seluruh negara - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, angka itu direkodkan pada Minggu Epid ke-19, iaitu sejak Januari lalu sehingga semalam.