KUALA LUMPUR : Amerika Syarikat (AS) perlu bersikap jujur dalam menyelesaikan isu kekejaman yang dihadapi rakyat Palestin.
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pendirian tegas itu harus diambil bagi menyelesaikan krisis yang telah berlarutan sejak sekian lama.
"Jadi kita bersetuju Malaysia meminta AS menggunakan kuasanya dan memastikan isu Palestin ini dapat diselesaikan.
"Kalau AS begitu cepat bertindak dalam kes yang berlaku di Ukraine, kita hendak yang sama juga bagi menyelesaikan isu di Palestin," katanya dalam sidang media lawatan rasmi beliau ke Washington DC hari ini.
Dalam pada itu, Malaysia turut berpendirian tegas mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan rejim Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin seperti yang berlaku di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis kebelakangan ini.
Ujarnya, kekejaman Israel itu berterusan dan perlu dihentikan serta-merta.
"Malaysia juga memandang serius tentang pembunuhan, kekejaman yang berlaku di Israel.
"Terutamanya baru-baru ini melibatkan pembunuhan wartawan Al-Jazeera (Shireen Abu Akleh) yang dibunuh dengan kejam," katanya.
Terdahulu, beliau dalam penggulungan lawatan kerjanya berkata, lawatan empat hari ke negara Uncle Sam itu boleh disifatkan sebagai satu kejayaan yang mana mampu mengukuhkan lagi hubungan bilateral Malaysia dan AS.
Jelasnya, AS memainkan peranan penting kepada negara dari segi politik dan perdagangan.
Ini jelas terbukti apabila AS merupakan rakan dagang kedua terbesar dan keempat terbesar dari segi pelaburannya di negara ini.
Nickyson Nyambar
Sat May 14 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Malaysia sememangnya kekal dengan pendirian mengecam perbuatan Israel yang terus menindas rakyat Palestin sehingga kini. - Foto BERNAMA

Beg Plastik | Perak negeri terbaharu bakal kenakan caj 20 sen
Perak menjadi negeri terbaru yang akan mengenakan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik. Exco Negeri Perak, Akmal Kamarudin berkata, satu kertas kajian mengenai perkara itu akan disediakan, sebelum ia dijangka dijadikan dasar negeri secara rasmi pada tahun ini.

Rasuah | Pegawai JAKOA mengaku tidak bersalah
Seorang penolong pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis dihadap ke mahkamah sesyen Kuantan pada Khamis atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM300 pada Januari.

Keputusan kes bunuh CEO Cradle Fund 21 Jun
Tarikh baharu keputusan sama ada Samirah Muzaffar dan dua remaja dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund ditetapkan Mahkamah Tinggi di sini pada 21 Jun.

Selepas tiga hari, mayat pendaki maut di puncak Gunung Yong Belar berjaya dibawa turun
Mayat lelaki warga emas yang meninggal dunia ketika mengikuti aktiviti mendaki di puncak Gunung Yong Belar Selasa lalu, berjaya diturunkan.

AWANI Ringkas: IP masih diperlukan walaupun AP mansuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penjawat awam didakwa terima suapan RM300
Seorang Penolong Pegawai Pertanian di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM300.

Sukan SEA Hanoi: Juwaidi-Fatin Nurfatehah ulangi detik emas Compound Berpasukan Campuran
Juwaidi-Fatin NurFatehah kembali bergandingan bagi mengulangi sensasi temasya Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.

Mansuh AP makanan: Perlu polisi menyeluruh tangani krisis
Polisi serta dasar yang menyeluruh berkait sekuriti makanan perlu dilaksanakan kerajaan selepas memutuskan untuk memansuhkan AP makanan.

Rayuan Farid Kamil ditangguh, peguam terlibat perbicaraan kes Ahmad Zahid
Panel tiga hakim membenarkan penangguhan yang dimohon peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Farid Kamil.

Jumlah perdagangan Malaysia naik 21.3 peratus kepada RM231.44 bilion pada April 2022 - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum peningkatan pada April 2022 dengan jumlah perdagangan menokok 21.3 peratus tahun ke tahun kepada RM231.44 bilion.

Jumlah perdagangan Malaysia naik 21.3 peratus kepada RM231.44 bilion pada April 2022 - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum peningkatan pada April 2022 dengan jumlah perdagangan menokok 21.3 peratus tahun ke tahun kepada RM231.44 bilion.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

Menteri Kesihatan ASEAN setuju dengan pengiktirafan bersama sijil vaksin COVID-19
Ia bertujuan memudahkan urusan pengesahan sijil vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan oleh setiap negara anggota ASEAN.

ASEAN, AS perlu 'memandang ke hadapan' dalam perkongsian strategik menyeluruh - PM Thai Prayuth
Prayuth mengesyorkan ASEAN dan AS meningkatkan usaha kolektif untuk membina 'landskap baharu' dalam tiga bidang iaitu keselamatan, ekonomi dan perubahan iklim.

ASEAN, AS komited tingkat kerjasama dalam bidang maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang maritim melalui mekanisme diterajui ASEAN.

ASEAN, AS ganda usaha kolektif untuk penyelesaian damai di Myanmar
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) akan menggandakan usaha kolektif ke arah penyelesaian damai di Myanmar.

Amerika Syarikat perlu bersikap jujur selesai isu Palestin - PM
Malaysia mahu AS bertindak cepat seperti yang berlaku dalam krisis pencerobohan Rusia ke atas Ukraine sejak Februari lalu.

Kepimpinan PM dalam Kerjasama ASEAN-AS jadi pemangkin kepada pemulihan ekonomi
Usaha PM dalam memastikan pemulihan ekonomi antarabangsa menjadi keutamaan disambut baik Biro Antarabangsa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Lawatan kerja empat hari ke AS satu kejayaan - PM Ismail Sabri
Beliau berkata lawatannya itu mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-AS, dan juga ASEAN-AS.

Sidang Kemuncak ASEAN-AS: Pastikan rangkaian bekalan global tersedia - Ismail Sabri
Beliau berkata langkah itu penting dalam menangani isu jaminan kesihatan dan pemulihan pandemik.