awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kekal dalam senarai 10 negara paling bahaya memandu di dunia

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/05/2022
08:38 MYT
Malaysia kekal dalam senarai 10 negara paling bahaya memandu di dunia
Menurut data dikeluarkan firma pendidikan pemanduan antarabangsa, Zutobi, Malaysia mencatatkan skor keselamatan 5.63 daripada 10 - Gambar fail
MALAYSIA masih mengekalkan kedudukan dalam senarai 10 negara paling bahaya di dunia untuk memandu pada tahun ini.
Bagaimanapun, kedudukan tersebut sedikit baik apabila menyaksikan Malaysia berada di tangga kelapan berbanding ketujuh pada tahun lalu.
Menurut data dikeluarkan firma pendidikan pemanduan antarabangsa, Zutobi, negara ini mencatatkan skor keselamatan 5.63 daripada 10.
Data tersebut turut mendedahkan Malaysia merekodkan skor 22.5 kematian lalu lintas bagi setiap 100,000 penduduknya, iaitu kedua tertinggi selepas Thailand yang merekodkan skor 32.3.
Bagi kes kematian akibat penggunaan alkohol, Malaysia merekodkan kadar terendah iaitu skor 1.0 dari 10 negara lain.
Foto/Zutobi
Tahun lalu Malaysia berada di kedudukan ketujuh negara paling bahaya memandu
Zutobi memaklumkan, negara paling berbahaya bagi pemanduan kekal konsisten sejak tahun lepas, dengan tiga negara paling berbahaya tidak melihat sebarang perubahan.
Negara tersebut ialah Afrika Selatan, yang setakat ini mempunyai skor terendah iaitu hanya 3.41 daripada 10.
"Dianggarkan 22.2 kematian jalan raya bagi setiap 100,000 penduduk di Afrika Selatan, 31 peratus daripada penumpang tempat duduk hadapan di Afrika Selatan memakai tali pinggang keledar serta 57.5 kematian akibat penggunaan alkohol," demikian menurut data itu.
Kedudukan kedua negara paling bahaya memandu adalah Thailand dengan skor 4.35 daripada 10, sementara Amerika Syarikat pula di tangga ketiga, dengan skor keselamatan 5.03 daripada 10.
Jelas data itu lagi, kadar kematian di India meningkat lebih 50 peratus berbanding tahun lalu, daripada 15.6 kepada 22.6 bagi setiap 100,000 orang.
India berada di kedudukan kelima selepas merekodkan skor 5.48 dan Argentina keempat, sementara Bosnia dan Herzegovina serta Crotia masing-masing berada di kedudukan keenam dan ketujuh.
Sementara Peru dan Bolivia berada di kedudukan ke sembilan dan 10, selepas masing-masing merekodkan kadar skor yang sama, 5.74.
Norway kekal sebagai negara paling selamat memandu di dunia untuk dua tahun berturut-turut. Foto/Zutobi
Norway kekal sebagai negara paling selamat memandu di dunia untuk dua tahun berturut-turut. Foto/Zutobi
Berdasarkan kajian yang melibatkan 53 negara itu, Norway berjaya mengekalkan kedudukan sebagai negara paling selamat untuk memandu, dalam tempoh dua tahun berturut-turut, dengan skor tertinggi iaitu 8.20.
Ia diikuti Iceland dengan skor 8.05, sementara Estonia di kedudukan ketiga dengan skor 7.90.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#keselamatan memandu
#kajian zutobi
#paling bahaya di dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan