Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 22, 2022 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.
1. Mesyuarat Kabinet dipercepat, bincang isu kos sara hidup, harga barangan - PM
Kerajaan mempercepatkan mesyuarat Kabinet mingguan kepada Isnin (esok) bagi membincangkan mengenai kos sara hidup, peningkatan harga serta kekurangan bekalan barangan.
2. Bukan bahasa Malaysia, tapi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ASEAN - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tidak pernah terlintas di fikiran kerajaan untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa ASEAN.
3. Semua urusan Kerajaan dengan negara luar perlu guna Bahasa Melayu - PM
Kerajaan mengarahkan semua urusan melibatkan luar negara termasuk surat-menyurat mesti menggunakan Bahasa Melayu.
4. Amirudin sedia bertemu persatuan, pembekal ayam
Menteri Besar Selangor bersedia untuk berjumpa dengan semua pihak termasuk persatuan penternak dan pembekal ayam bagi menyelesaikan isu bekalan ayam di Selangor.
5. Bekalan ayam kurang kerana tidak capai berat standard, peniaga di Perlis catu jualan
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perlis, Dr. Adam Abdullah Kwan berkata langkah mencatu jualan ayam itu dilaksanakan oleh para peniaga sendiri bagi membolehkan lebih ramai pelanggan mendapat peluang untuk memperoleh bekalan ayam.
6. Penggunaan ganja dalam perubatan perlu disertakan bukti - Dr Muhamad Akmal
Penggunaan ganja atau kanabis untuk tujuan perubatan perlu disertakan dengan fakta dan bukti kajian, bukan semata-mata menerusi komen bersifat populis, menurut Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh.
7. Lee Zii Jia juara Terbuka Thailand
Zii Jia menewaskan pemain China, Li Shi Feng menerusi tiga set dengan kutipan mata 17-21, 21-11, 23-21 dalam aksi yang berlangsung di Impact Arena Bangkok.
8. Sukan SEA Hanoi: Menang emas beregu campuran, Tang Jie-Yen Wei tamat penantian 23 tahun
Pasangan itu menamatkan penantian emas selama 23 tahun Malaysia dalam acara beregu campuran dengan mengatasi rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 15-21, 21-19, 21-13 di perlawanan akhir.
9. Murid perempuan dakwa dirogol kenalan dari aplikasi cari jodoh
Perkenalan seorang murid berusia 12 tahun dengan seorang mekanik menerusi aplikasi mencari jodoh membawa padah selepas mendakwa menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.
10. 'Kartel' henti operasi? 'Laporan kurang tepat, kebanyakan ladang sedia bekalkan ayam' - MAFI
Pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati kebanyakan ladang ayam bersedia untuk membekalkan ayam di pasaran, kata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Berita Harian