GOMBAK: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersedia untuk berjumpa dengan semua pihak termasuk persatuan penternak dan pembekal ayam bagi menyelesaikan isu bekalan ayam di Selangor.
Beliau berkata, isu tersebut perlu diselesaikan secepat mungkin kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak khususnya pengguna dan penternak.
"Penternak akan menanggung kerugian lebih lama sekiranya isu ini berlarutan kerana kos yang meningkat," katanya mengulas isu bekalan ayam di Selangor.
Beliau ditemui ketika meninjau perjalanan Pemilihan PKR Cabang Gombak di Dewan Beringin Seri Gombak di sini, pada Sabtu.
Amirudin turut memberi jaminan bekalan ayam daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) tetap diteruskan di pasar borong.
"Namun jumlahnya tidak mencukupi disebabkan pembekal mengikut kehendak persatuan," katanya.
Beliau berkata, isu tiada bekalan ayam di Selangor disebabkan beberapa faktor seperti peningkatan harga makanan ayam yang terpaksa ditanggung penternak.
"Terdapat juga polisi di peringkat pusat menyebabkan isu ini berlaku dan intervensi kita hanya dapat mengawal seketika sahaja.
"Kita akan bincang dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), mungkin boleh diselesaikan dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi supaya ia tidak berpanjangan," katanya.
Pada Jumaat, Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPAS) mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang susulan masalah bekalan dan penyakit ayam.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 22 2022

Amirudin Shari bersedia untuk berjumpa dengan semua pihak termasuk persatuan penternak dan pembekal ayam bagi menyelesaikan isu bekalan ayam di Selangor. -Astro AWANI

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
![AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982197/thumbnails/10997879401660222851157_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1. SPRM sahkan lengkap kertas siasat individu berkaitan LCS 2. 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan anjur parti liar 3. Kalau tambat ringgit, undang risiko lebih besar, tegas Zafrul

WTCKL cadang guna media sosial dorong lebih banyak acara global
Selain itu, WTCKL turut membentangkan idea berhubung pameran perdagangan baharu RESONEX 2022 yang akan diadakan pada November ini.

Amirudin dilantik Pengerusi MPN Pahang, Nik Nazmi Pengerusi Terengganu, Kelantan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan pelantikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang bagi penggal 2022-2025.

Rafizi, Amirudin dilantik Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan, Selangor
Rafizi Ramli dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan sementara Amirudin pula dilantik Pengerusi MPN Selangor.

'Scammer' menyamar guna nama, gambar MB Selangor
Kegiatan sindiket penipuan menggunakan nama dan gambar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dikesan menerusi aplikasi WhatsApp.

DUN Selangor lulus usul Rancangan Selangor Pertama
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul projek pembangunan Rancangan Selangor Pertama 2021-2025 (RS-1) berjumlah RM212.44 bilion.

Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.

Selangor teroka peluang industri halal
Selangor terus berusaha untuk mengembangkan potensi industri halal melalui pelbagai penganjuran antaranya Halal Selangor.

Selangor perkenal SSOC hantar amaran awal bencana
Kejadian banjir dan tanah runtuh di Selangor sering berlaku disebabkan oleh pembangunan dan keadaan cuaca yang ekstrem.

PJD Link: Laporan pemaju akan diteliti sebelum kelulusan tanah diberikan - MB Selangor
Laporan pemaju akan diteliti secara menyeluruh sebelum kelulusan tanah diberikan bagi pembinaan projek PJD Link) dilaksanakan.

RM787 juta bukan untuk bina stadium baharu: MB
Jumlah itu termasuk kos meninggikan platform stadium, menukar sistem pendawaian elektrik, meruntuh dan menukar kos keseluruhan struktur bumbung.

Stadium Shah Alam berwajah baharu menjelang 2026
Kerajaan negeri menyerahkan surat niat (LOI) kepada MRCB selepas melalui proses yang panjang dan teliti bermula 2013 melibatkan 15 syarikat.