KUALA LUMPUR: Pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati kebanyakan ladang ayam bersedia untuk membekalkan ayam di pasaran.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan pemeriksaan berkenaan dilakukan susulan laporan bahawa 'kartel' ayam bertindak memberhentikan operasi ladang, sekali gus mengakibatkan kekurangan bekalan ayam di pasaran.
Menyifatkan laporan tersebut adalah kurang tepat, kementerian itu memaklumkan bahawa pihak syarikat ladang ayam telah memberikan jaminan ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan, khususnya ayam diproses sama ada dalam bentuk ayam bulat, ayam 'super', ayam 'standard' serta keratan ayam.
"Bagaimanapun, tidak dinafikan ada dalam kalangan ladang ayam ini menghadapi masalah kenaikan berat badan ayam terganggu akibat kualiti dedak makanan ayam, selain jangkitan penyakit dan keadaan cuaca panas melampau yang turut mengganggu pembesaran ayam di ladang terutama di reban sistem terbuka.
"Ini telah memberikan kesan kepada bekalan ayam di kawasan tertentu," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu turut menjelaskan proses penilaian pemberian subsidi ayam kepada penternak yang mengemukakan permohonan, sedang disegerakan dan penternak yang memenuhi syarat serta mendapat kelulusan pembayaran, akan memperoleh tuntutan dalam tempoh dijanjikan.
"MAFI akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan semua pihak industri yang terlibat secara langsung dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam bagi memastikan kelangsungan pengeluaran bekalan.
"MAFI memandang serius isu-isu yang mengancam sekuriti makanan negara dan sentiasa berusaha bersama dengan pihak berkepentingan dalam menstabilkan kembali bekalan, bagi menjamin bekalan ayam mencukupi untuk keperluan negara sepanjang masa," menurut kenyataan itu.
Media sebelum ini melaporkan bahawa kekurangan bekalan ayam di pasaran disebabkan 'kartel' ayam bertindak memberhentikan operasi ladang pada semalam dan hari ini.
Menerusi laporan berkenaan, alasan yang diberikan adalah ayam di ladang belum mencapai berat jualan akibat masalah penggemukan ayam terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
MAFI berkata, syarikat ladang ayam telah memberikan jaminan ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
'Kartel' henti operasi? 'Laporan kurang tepat, kebanyakan ladang sedia bekalkan ayam' - MAFI
Pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati kebanyakan ladang ayam bersedia untuk membekalkan ayam di pasaran.
JKN Kedah sahkan arah pekerja kilang proses ayam dibawa ke PKD
JKN Kedah mengesahkan telah meminta pihak majikan sebuah kilang pemprosesan ayam di Bedong, Sungai Petani untuk membawa pekerjanya yang positif COVID-19 ke PKD.
Tiada bakteria SE dikesan di ladang ayam penelur CEM 014 Linggi - JPV
Tiada bakteria Salmonella enteritidis (SE) dikesan di ladang ayam penelur CEM 014 Linggi Agriculture Farm.
Lay Hong beri kerjasama penuh kepada DVS berkaitan penemuan SE pada telur
Kumpulan telah bersetuju untuk menggantung operasi di ladang Jeram 1, pengeluaran dari ladang itu kebanyakannya dieksport ke Singapura.