Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

51648024507_TBBERITAx.jpg
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Jun 2022.

1. Defisit keyakinan terhadap keupayaan negara perlu ditangani - Agong

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah sebarang defisit keyakinan yang wujud terhadap keupayaan negara perlu segera ditangani bagi membolehkan negara bangkit semula di persada dunia.


2. Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M

Cadangan untuk meniru dasar antirasuah seperti dilaksanakan di Hong Kong pada 1970-an untuk dikuatkuasakan di negara ini disifatkan tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.


3. Kerajaan akan pastikan urusan pemain industri perdagangan, pelaburan dipermudah - PM

Kerajaan akan memastikan urusan pemain industri perdagangan dan pelaburan negara dipermudahkan serta sistem penyampaian perkhidmatan awam dipertingkatkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


4. Kerat ibu 15 bahagian: "Tiada pula bunyi ketukan, jeritan" - Jiran

Kes pembunuhan kejam ibu kandung yang mayatnya ditemukan dikerat kepada 15 bahagian di Taman Kerian dekat sini pada Sabtu lalu masih meninggalkan kesan kepada penduduk setempat.


5. Sarawak ikrar terus kekal dalam Persekutuan Malaysia - Abang Johari

Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong peringkat negeri Sarawak hari ini menyaksikan ikrar rakyat negeri ini untuk terus kekal dalam Persekutuan Malaysia.


6. Lawrence Wong dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura

Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.


7. Veteran tentera berhimpun suarakan tiga tuntutan

Kira-kira 1,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari seluruh negara berkumpul di Tugu Negara bagi menyuarakan tuntutan supaya kerajaan membela kebajikan mereka.


8. Perdana Menteri UK Boris Johnson berdepan undi tidak percaya malam ini

Pengerusi Jawatankuasa Ahli-ahli Parlimen Konservatif 1922, Sir Graham Brady mengesahkan usul tersebut akan dibentangkan antara pukul 6 petang hingga 8 malam BST (antara 1 hingga 3 pagi waktu Malaysia).


9. Tular: Netizen Singapura berdebat isu sebungkus ayam Malaysia berharga RM232

Pasar raya FairPrice tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan satu gambar tular yang memaparkan label harga ayam dari Malaysia yang mencecah S$72.27 atau bersamaan RM232.


10. Sarawak ikrar terus kekal dalam Persekutuan Malaysia - Abang Johari

Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah peringkat negeri Sarawak yang diadakan di sini hari ini menyaksikan ikrar rakyat negeri ini untuk terus kekal dalam Persekutuan Malaysia.






Advertisement

Must Watch Video