PARIT BUNTAR: Kes pembunuhan kejam ibu kandung yang mayatnya ditemukan dikerat kepada 15 bahagian di Taman Kerian dekat sini pada Sabtu lalu masih meninggalkan kesan kepada penduduk setempat.
Rata-rata mereka yang ditemui mendiami kawasan kejiranan berkenaan mengakui berasa terkejut dan trauma dengan insiden berkenaan.
Menurut jiran yang enggan dikenali, tiada yang aneh jika ingin digambarkan kepada tingkah laku suspek sebaliknya lelaki berkenaan kelihatan seperti individu normal.
Katanya, walaupun berperwatakan serius namun tidak pernah kelihatan insiden pertengkaran atau kekasaran berlaku antara dua beranak berkenaan.
“Lelaki itu biasanya akan keluar pada waktu pagi untuk pergi mencari barangan lusuh bagi dikumpul dan dijual. Ada kala pulang sampai lewat malam.
“Tidak ada kedengaran pergaduhan atau berlaku pertengkaran serius antara mereka sebelum ini. Pertengkaran kecil mungkin disebabkan perselisihan faham anak beranak itu kadang-kadang ada.
“Jadi, apabila ada kejadian seperti itu berlaku, saya sangat takut. Sampai rasa macam tak percaya ia berlaku di sini,” katanya ketika ditemui di Taman Kerian, dekat sini pada Isnin.
BACA: Luka tetak, potong punca kematian warga emas - Polis
BACA: Anak tidak dapat rawatan masalah mental susulan - Polis
Selain itu, kata jiran itu lagi, dia tidak menyedari insiden berkenaan sehinggalah pihak polis datang melakukan siasatan di rumah suspek.
Menurutnya dia tidak mendengar sebarang bunyi sama ada ketukan, potongan mahupun jeritan sepanjang tempoh beberapa minggu sebelum kelibat wanita warga emas itu tidak kelihatan beberapa hari sebelumnya.
“Pada kebiasaan, emak lelaki itu sering dilihat menyapu di persekitaran rumah. Akan tetapi sebelum saya dimaklumkan oleh pihak polis tentang insiden itu, saya sudah tidak nampak kelibat wanita itu pada beberapa hari.
“Saya sangkakan yang warga emas itu mengikut anak perempuannya tinggal ke Pulau Pinang. Namun tidak sangka lain pula yang berlaku,” katanya lagi.
Sementara itu, seorang lagi penduduk setempat yang juga enggan dikenali menganggap kejadian pembunuhan kejam itu pertama kali berlaku di situ.
“Sebelum ini jika kes bunuh, mati seorang diri, atau dibakar itu memang ada dengar berlaku di kawasan ataupun daerah ini.
“Tetapi untuk insiden dibunuh sampai mayatnya dipotong kepada beberapa bahagian, saya rasa ini adalah pertama kali berlaku,” jelasnya.
Sementara itu, tinjauan ke rumah suspek mendapati pita keselamatan polis telah dipasang di sekeliling rumah sementara pintu bahagian belakang yang dipercayai menempatkan tangki kumbahan telah ditutup.
Selain itu hampir di setiap sudut pekarangan rumah juga kelihatan dipenuhi dengan pelbagai barangan lusuh dan terpakai yang dipercayai dikumpul suspek.
Pada masa sama, tidak kelihatan kelibat anggota keluarga mangsa berada di persekitaran rumah mahupun kawasan kejiranan berkenan.
Sabtu lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata polis menahan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri berusia 68 tahun dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian, di sini.
Katanya, polis menerima laporan mengenai penemuan cebisan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Amirrul Rabbani
Mon Jun 06 2022
Menurut jiran yang enggan dikenali, tiada yang aneh jika ingin digambarkan kepada tingkah laku suspek sebaliknya lelaki berkenaan kelihatan seperti individu normal. - Foto Astro AWANI
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Kerat ibu 15 bahagian: "Tiada pula bunyi ketukan, jeritan" - Jiran terkejut, trauma
Rata-rata mereka yang ditemui mendiami kawasan kejiranan berkenaan mengakui berasa terkejut dan trauma dengan insiden berkenaan.
Kerat ibu 15 bahagian: Luka tetak, potong punca kematian warga emas - Polis
Hasil bedah siasat ke atas keratan mayat mendapati punca kematiannya adalah akibat luka tetakan dan potongan tubuh.
Kerat ibu 15 bahagian: Anak tidak dapat rawatan masalah mental susulan - Polis
Hasil siasatan awal mendapati suspek yang berusia 42 tahun itu tidak pernah menerima sebarang rawatan susulan.