awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Veteran tentera berhimpun suarakan tiga tuntutan

Astro Awani
Astro Awani
06/06/2022
09:05 MYT
Veteran tentera berhimpun suarakan tiga tuntutan
Sekumpulan pesara tentera berhimpun dalam perhimpunan dikenali sebagai Reunion Veteran di Tugu Negara, Kuala Lumpur hari ini - Foto/Twitter @ZareenH_s
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari seluruh negara berkumpul di Tugu Negara di sini, hari ini, bagi menyuarakan tuntutan supaya kerajaan membela kebajikan mereka.
Pengerusi bersama perhimpunan dikenali sebagai Reunion Veteran, Mejar (B) Mior Rosli Mior Mohd Jaafar mendakwa, sudah lapan tahun pihaknya berjuang untuk menegakkan tuntutan yang disifatkan sebagai 'hak kumpulan pesara'.
Bagaimanapun, dakwanya semua tuntutan yang dibuat tidak mendapat perhatian daripada kerajaan.
Foto: Astro AWANI
Mior Rosli mendakwa sudah lapan tahun pihaknya menuntut hak daripada kerajaan - Foto/Astro AWANI
Justeru, katanya melalui perhimpunan itu, pihaknya mahu menyampaikan tiga tuntutan utama.
"Tuntutan itu ialah penyelarasan pencen, pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen serta membuka ruang untuk beri pengampunan kepada veteran ATM supaya mereka dapat menerima pencen serta diiktiraf sebagai veteran.
"Saya tidak ada pilihan lain dah kalau nak pergi jumpa lagi menteri, benda yang sama sahaja, benda balik ke situ, pusing-pusing ke situ... (tiada penyelesaian).
"Saya buat keputusan untuk mendaftar seberapa ramai orang yang menyokong saya untuk bawa (tuntutan) ke mahkamah sebab kita tak ada duit.
"Jadi tiga isu besar ini saya nak bawa ke mahkamah untuk bertanya kepada mahkamah... undang-undang ini memihak kepada kita atau undang-undang ini tidak boleh pakai?.
"Tetapi bagi saya semua undang-undang ini adalah benar, dan jelas yang kita ada hak. tetapi hak kita dinafikan," dakwanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mior Rosli mendakwa, dianggarkan 330,000 veteran yang masih dinafikan hak mereka dan daripada jumlah itu, kira-kira 135,000 yang tidak mempunyai pencen.
Bagaimanapun, tegasnya perhimpunan hari ini bukan satu bentuk ugutan terhadap Kementerian Pertahanan, dan ia tidak mempunyai kaitan dengan politik.
Terdahulu, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) mengarahkan pihak negeri agar maklumkan kepada 173,868 ahlinya di 246 cawangan seluruh negara mengenai larangan menyertai perhimpunan dianjurkan pada hari ini.
Topic Berkaitan
#Veteran tentera berhimpun
#Reunion Veteran
#Hak pesara tentera
#Tugu Negara perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan