ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Jun 2022.
1. Agong, Raja Permaisuri berkenan ke Istiadat Mengarak Panji
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyempurnakan istiadat mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara.
2. Kerajaan bersetuju hukuman mati mandatori dimansuhkan
Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah.
3. Bon Odori: Mufti Perlis beri dua cadangan kepada penganjur
Mufti Perlis mencadangkan dua perkara kepada penganjur Festival Bon Odori susulan isu pertembungan agama dan budaya yang menjadi pertikaian beberapa pihak.
4. Wanita ditemukan mati dibunuh, dibakar tidak hamil - Polis
Perintah reman terhadap teman lelaki wanita yang ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, pada Selasa minggu lepas, disambung enam hari lagi.
5. Hina Nabi Muhammad: 140 NGO hantar memorandum bantahan terhadap Suruhanjaya Tinggi India
Semua NGO itu mendesak agar parti utama Kerajaan India, Bharajaya Janata (BJP) mengambil tindakan tegas terhadap dua individu yang terlibat dalam kontroversi itu.
6. Bas terbabas, 15 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan di Muzdalifah, Arab Saudi
Kesemua mangsa merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah.
7. Urus tadbir yang lebih baik jika GST diperkenalkan semula - Tengku Zafrul
Kerajaan memberi jaminan akan melakukan penambahbaikan dari pelbagai aspek sekiranya mempunyai hasrat untuk memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
8. Britney Spears kahwin secara eksklusif, bekas suami pula buat kecoh!
9. Hukuman mati tidak dimansuhkan, pilihan budi bicara mahkamah - PM
Hukuman mati mandatori tidak dimansuhkan di negara ini, sebaliknya, dipinda kepada hukuman mati dengan pilihan kepada hukuman lain mengikut budi bicara mahkamah.
10. Tiga sekeluarga mati lemas ketika berkelah
Tiga sekeluarga termasuk pasangan adik-beradik ditemukan lemas selepas berkelah bersama ahli keluarga.

Mengabadikan hari perkahwinannya itu, Britney kelihatan sungguh menawan dengan gaun pengantin Versace yang dicipta oleh ikon fesyen legenda Donatella Versace.