ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Jun 2022.

1. Malaysia perlu terus bersikap terbuka, jadi contoh kepelbagaian budaya - Sultan Nazrin

Keterbukaan kepada pengaruh asing membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya hari ini.

2. Pasar Datuk Keramat terbakar lagi

Deretan gerai di Pasar Datuk Keramat, di sini, sekali lagi terlibat dalam kebakaran yang berlaku awal pagi, hari ini.

3. Sedia terima mana-mana parti politik ingin bersama BN - Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) sedia menerima mana-mana parti politik yang ingin bersama parti itu.

4. Bekas pemerintah tentera Pakistan Pervez Musharraf kini tenat

Musharraf dimasukkan ke hospital sejak tiga minggu lepas akibat komplikasi penyakit yang dihidapinya

5. Justin Bieber alami 'kelumpuhan muka', terpaksa batalkan konsert

Penyanyi Justin Bieber mendedahkan dia kini mengalami ‘kelumpuhan muka’ disebabkan oleh sindrom Ramsay Hunt.

6. 1,028 pusat jagaan tidak berdaftar - Rina

Terdapat 1,028 buah pusat jagaan di bawah penyelenggaraan badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian yang didapati tidak berdaftar dan telah diberikan peringatan.

7. Bersatu tiada agenda tersembunyi - Muhyiddin

Parti itu akan bersetuju selagi mana kerjasama yang dijalin selari dengan prinsip perjuangan PN dan akan menolak sekiranya ia bertentangan dengan dasar-dasar gabungan berkenaan.

8. Syed Saddiq anggap Pas hipokrit kerana benarkan Bon Odori di Kelantan

hli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini turut mempersoalkan pendirian sebenar Pas berhubung penganjuran festival Bon Odori di Kelantan pada 2018 dan 2019.

9. Kertas Putih Kesihatan cadangkan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan - Khairy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, cadangan sedemikian bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara yang kalis masa depan.

10. Paras air sungai di 4 negeri cecah paras amaran, bahaya

Sungai di empat negeri mencatatkan trend peningkatan dari segi paras bacaan air selepas hujan lebat melanda sejak petang Sabtu.