ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Jun 2022.
1. Tatacara penyimpanan barang kes SPRM perlu lebih sistematik - Dewan Negara
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mempunyai prosedur dan tatacara penyimpanan dan pengendalian barang kes yang lebih sistematik dan berpusat.
2. Keluarga Muhammad Adib tarik rayuan, tidak mahu panjangkan kes
Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas atas tuduhan menghina mahkamah.
3. Astro AWANI terus unggul sebagai jenama berita paling dipercayai - Reuters Institute
Astro AWANI Network Sdn Bhd terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama berita paling dipercayai di negara ini.
4. Tokoh korporat Rozali Ismail mahu ceburi dunia politik wakili suara peneroka Felda
Tokoh korporat Tan Sri Rozali Ismail menyuarakan hasrat untuk menyertai bidang politik melalui penubuhan parti baharu bagi mewakili generasi peneroka terutamanya penduduk Felda.
5. Makkah Route: Budi bahasa, disiplin dan pengurusan jadikan Malaysia pilihan Arab Saudi
Budi bahasa, disiplin tinggi jemaah haji serta pengurusan teratur menjadi antara faktor di sebalik pemilihan Malaysia dalam program Makkah Route atau prapelepasan.
6. 1MDB gagal bayar pinjaman, kerajaan tanggung hutang AS$3 bilion - Saksi
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa kerajaan masih menanggung hutang AS$3 bilion yang dipinjam oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sembilan tahun lepas.
7. Kenapa saya pula dipersalahkan? - Syed Saddiq
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil memberi penjelasan selepas menjadi serangan netizen apabila Stadium Nasional Bukit Jalil ditakungi air pada perlawanan aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain pada Sabtu lalu.
8. "Teringat suara dia minta.." - Anak bongsu Hamid Gurkha sebak imbau kenangan
“Tak boleh nak gambarkan perasaan itu, banyak kenangan bersamanya..,” kata anak bongsu kepada pelawak legenda Allahyarham Hamid Gurkha iaitu Nor Ashita Hamid ketika dihubungi Astro Gempak selepas pemergian bapanya semalam.
9. Piala Asia 2023: Imbuhan buat skuad Harimau Malaya akan dibincangkan - PM
Anak-anak buah Kim Pan-gon nampaknya menerima khabar gembira hari apabila berkemungkinan bakal menerima imbuhan sewajarnya daripada kerajaan sedikit masa lagi.
10. Kualiti padang 'memalukan', sampai bila akan terus hantui SNBJ?
Hampir 25 tahun usianya, SNBJ menjadi saksi kepada bermacam peristiwa, ada yang membanggakan negara namun tak kurang juga yang sedikit sebanyak ‘mencalar’ imej Malaysia.